Pelakon Ummi Nazeera berkongsi sepotong video sedang menjalani ujian saringan COVID-19 dari dalam kenderaan (drive thru).

Ummi dalam masa sama turut mendedahkan keputusan yang diperoleh selepas melakukan saringan itu.

"Syukur Alhamdulillah... Keputusan saya negatif.

"Kepada yang pernah ke luar negara baru-baru ni, saya sarankan untuk buat Covid19 test ni.

"Walaupun KKM suruh quarantine sahaja, kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit duit lagi untuk buat confirmation test ni .. Tak susah pun..

"Ummi pergi yang Drive Thru punya. Memang pedih sikit tapi berbaloi. Jangan takut. Kejap je buat! Tak sampai 10 minit siap!" kata Ummi.

Dalam masa sama, Ummi menyeru orang ramai agar mematuhi arahan dan mengikut prosedur pihak berkuasa.

"Pada masa yang sama tolong KKM juga sebab result test ni akan dikemaskini ke KKM.

"Kepada travellers yang tak nak buat. Saya mohon sangat sangat untuk Quarantine 14 Hari di rumah dan jujur bila berjumpa staff kesihatan. Stay safe everyone," tambahnya.

Syukur Alhamdulillah ... The result is NEGATIVE... Kepada yang pernah ke luar negara baru baru ni .. Saya sarankan untuk buat Covid19 test ni... Walaupun KKM suruh quarantine sahaja.. Kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit duit lagi utk buat confirmation test ni .. Tak susah pun.. Ummi pergi yang Drive Thru punya . Memang pedih sikit.. Tapi berbaloi.. Jangan takut. Kejap je buat! Tak sampai 10 minit siap ! Pada masa yg sama tolong KKM juga .. Sebab result test ni akan di update ke KKM. Kepada travellers yg tak nak buat. Saya mohon sangat sangat untuk Quarantine 14 Hari di rumah ... dan JUJUR bila berjumpa staff kesihatan. Stay safe everyone !! #StayAtHome #HelpThemToHelpUs

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on


Dalam prosedur itu, petugas kesihatan mengambil sampel dari bahagian kerongkong dan saluran pernafasan melalui hidung.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!