"Ummi Zombie Terus, Macam Nak Nangis" - Neelofa Kongsi 'Perangai' Abbas
Asyikin Mayudin
17/08/2023 06:50 MYT
17/08/2023 06:50 MYT
Selepas melahirkan cahaya mata kedua, Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu, selebriti dan usahawan terkenal Neelofa jarang berkongsi mengenai dirinya di laman sosial.
Terbaharu. Neelofa menerusi laman instastory miliknya berkongsi keadaan dirinya yang seperti ‘zombie’ disebabkan bayinya terjaga setiap jam sehingga waktu subuh dua hari lalu.
“Semalam (Selasa) ummi zombie teruk… every hour bangun dan sampai subuh tu rasa macam nak menangis,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Neelofa berkata dia hanya dapat melelapkan mata selama satu jam setengah sebelum diganggu oleh anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal.
“6 pagi pass Abbas dekat maid, dan sambung tidur sampai 7.30 pagi sebelum Bilal masuk bilik kacau mak dia,” kata Neelofa lagi.
Menerusi perkongsian itu juga, Neelofa memuat naik video bergerak memperlihatkan suaminya yang juga penceramah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail sedang mendodoikan anak kedua mereka.
Terdahulu, pengacara program Next To Neelofa itu selamat melahirkan anak lelaki kedua yang diberi nama Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu.
Menyifatkan hari kelahiran putera keduanya menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat, berita gembira itu diumumkan sendiri Neelofa dan suaminya dalam satu kenyataan rasmi di Instagram.
Sekadar info, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2020 itu turut memiliki seorang lagi anak lelaki, Muhammad Bilal yang berusia 19 bulan.
BACA SINI: Neelofa Belanja Sipi-Sipi Wajah Anak Kedua, Netizen Teruja - “Dari Tepi Pun Dah Tahu Comel Macam Muhammad Bilal”