,
Viral

Umpama Dalam Drama & Filem, Ini 5 Rompakan Terbesar Yang Pernah Berlaku Di Malaysia!

Firdaus
29/07/2024
13:55 MYT
Jenayah rompakan semestinya antara salah satu jenayah yang paling banyak diadaptasikan untuk dijadikan filem dan drama.
Dengan kemunculan drama dan filem popular seperti X-Change dan The Experts yang bertemakan tentang jenayah tersebut, pasti ramai yang tertanya-tanya atau pun mempunyai rasa ingin tahu tentang rompakan terbesar yang pernah terjadi di negara ini suatu ketika dahulu.

Kes Rompak Terbesar Malaysia

Berikut merupakan lima kes rompakan terbesar di Malaysia:
1) Botak Chin
Botak Chin yang juga ketua kumpulan kongsi gelap 360 melakukan pelbagai jenayah sekitar Kuala Lumpur seperti Setapak, Sentul dan Jalan Ipoh.
Rompakan terbesar yang pernah dilakukannya pada 26 Oktober 1975 dengan merampas RM218,000 selepas menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda.
Botak Chin kemudian ke Thailand membeli senjata api menjadikannya memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru.
Operasi menjejak dan menangkap Botak Chin memuncak sekitar 1970-an mengangkat keperwiraan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan penglibatan Unit Tindak Khas (UTK) dan penubuhan kumpulan dinamakan Magnificient 12 yang terdiri daripada 12 pegawai polis Cawangan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada ketika itu.
2) Bentong Kali
Penjenayah yang amat dikehendaki sekitar awal tahun 1990 an. P. Kalimuthu atau digelar Bentong Kali (tempat asalnya) terkenal dengan sikap barannya yang suka membunuh orang ramai secara sesuka hati. Puluhan orang awam tidak bersalah menjadi mangsa tanpa sebarang sebab disamping turut terlibat dengan aktiviti dadah dan rompakan.

BERITA TRENDING:X-Change: Ikut Plot & Karakter, Hariz Hamdan Akan Terus Lakonkan Babak ‘Daring’

BERITA TRENDING:“Saya Tak Pernah Keluarkan Kenyataan ‘Jilat’, Babak Itu Hanya Sekadar Cium Kaki” - Hariz Hamdan

BERITA TRENDING:“Babak Itu Jijik…” - Hariz Hamdan Akui Sukar Lakukan Aksi Cium Kaki

BERITA TRENDING:Poster Karakter Siri Originals Terbaharu Astro, X-Change Dilancarkan!

Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu.
3) Geng Mamak
Ketika seluruh rakyat Malaysia sedang bergembira menyambut Hari Kebangsaan pada tanggal 31 Ogos 1994, negara dikejutkan dengan satu berita rompakan paling terbesar dalam sejarah. Kehebatan ‘Geng Mamak’ yang tidak pernah menembak, membunuh dan sekadar penyamaran serta pujukan berjaya membuatkan mereka melarikan jongkong emas bernilai RM12 juta dari kompleks kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS).
Geng Mamak ini diketuai oleh lima beradik iaitu Mohamed Noor, Sharif, Rozlan, Amirudin dan Yusof Abu Bakar. Kisah rompakan ini bermula ketika semua pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang sibuk menguruskan persiapan keselamatan sambutan Hari Kebangsaan kali ke-37 yang bakal dihadiri Perdana Menteri pada ketika itu. Tetapi, persiapan polis terganggu di sekitar jam 5 pagi apabila mereka diberitahu bahawa kawasan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang telah dirompak. Lebih mengejutkan, jongkong emas bernilai lebih daripada RM12 juta telah hilang.
Setelah 30 tahun berlalu, sehingga kini masih tiada sesiapa yang disabtkan bersalah di atas jenayah rompakan emas paling besar itu. Bahkan, anak kepada Yusuf Abu Bakar iaitu Khairul Affendi pula dipercayai menjadi ketua geng kumpulan ini. Mereka juga masih meneruskan modus operandi ‘Geng Mamak’ iaitu menggunakan pakaian seragam pihak berkuasa untuk melakukan rompakan.
4) Mat Komando
Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad, 37 tahun, mengetuai satu kumpulan jenayah yang dikenali sebagai Kumpulan 13. Kumpulan yang diketuainya telah melakukan lebih 40 rompakan bersenjata di seluruh negara sebelum ditumpaskan. Mat Komando kekal menjadi satu satunya penjenayah yang telah merompak Bank BSN dan Pejabat Pos. Selepas berhenti daripada perkhidmatan tentera, Mat Komando bekerja sebagai pemandu lori di Kuala Lumpur.
Mat Komando dikatakan bukan seorang yang bersifat bengis atau keras hati walaupun terlibat dalam kegiatan jenayah. Ramai rakannya juga tidak percaya dia terlibat dalam perbuatan itu kerana dia jarang bercakap tentang apa yang dilakukannya dan tidak menunjukkan reaksi keras jika tidak menyetujui sesuatu perkara. Satu sifat yang terdapat pada diri Mat Komando ialah dia sering membantu orang lain dan kerap membawa balik buah tangan untuk saudara maranya walaupun nilainya tidak seberapa.
Sebelum dia menjadi buruan polis, Mat Komando sempat menyiapkan rumah baru itu untuk kediaman isterinya dan seorang anak tunggal berusia 10 tahun yang cacat pendengaran. Mat Komando dikatakan mempunyai ilmu kebal dan mampu menghilangkan diri walaupun telah dikepung oleh pihak polis beberapa kali walaupun rakan rakanya yang lain mati ditembak polis.
Mat Komando pernah terlepas daripada kepungan polis ketika anggota kumpulan itu pulang daripada bercuti bersama keluarga dan teman di sebuah pusat peranginan di Tasik Pedu. Mat Komando muncul semula enam bulan kemudian di Gemas, Negeri Sembilan pada 28 Julai lalu apabila sekali lagi dia bolos daripada kepungan polis. Rakan sepelariannya, Shukri Husain yang terlepas daripada buruan polis ketika bersembunyi di sebuah rumah di Gemas, Negeri Sembilan akhirnya menjadi musuhnya.
Menurut pihak polis, Mat Komando dikatakan cuba membunuh Shukri di sebuah kampung di Baling baru baru ini. Shukri yang dibelasah dengan teruk sempat menyelamatkan diri tetapi akhirnya ditahan oleh polis. Mat Komando telah mati ditembak menembusi kepalanya dalam satu ops yang dinamakan Ops Api Sawit di Pendang Kedah.
5) Rompakan Mikrocip Batu Maung
Rompakan ni merupakan rompakan terbesar yang pernah jadi dekat negara kita. Kejadian pada 2006 di Kompleks Kargo Udara Kedua di Batu Maung. 20 individu terlibat merompak mikrocip dan komponen bernilai RM 40 - 50 juta.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi di mana dua lori kontena masuk ke zon tersebut dan masuk ke Zon Bebas Mas tanpa berhenti menjalani peperiksaan keselamatan. Setibanya di gudang, empat perompak tersebut mengumpulkan 17 pekerja dengan alasan menjalankan ujian air kencing berkait dengan penyalahgunaan dadah.
Pekerja membantah dan meminta dokumen pengenalan perompak. Disebabkan itu, 17 pekerja dipaksa minum klorofom dan yang menyebabkan mereka muntah dan ada segelintir yang pengsan.
Disebabkan rompakan sangat lancar, polis yakin bahawa ia merupakan perbuatan 'orang dalam'. Pihak polis yakin bahawa perompak hanya mahukan mikrocip kerana tiada barang lain disentuh oleh penjenayah-penjenayah tersebut. Apa yang lebih menarik, rompakan itu berjaya dijayakan dalam masa kurang dua jam.
Pada Disember 2006, polis membebaskan dua suspek terakhir secara tanpa syarat dan semua suspek yang membantu siasatan dibebaskan. Bermakna tiada suspek disiasat kes kerugian RM 40 juta ini.
Pihak berkuasa menyatakan dakwaan itu ditarik kerana tiada bukti fizikal yang boleh dikaitkan terhadap suspek dan juga sebab sebahagian daripada mikrocip dirompak telah dieksport ke luar negara. Ini menyebabkan tiada kepastian kepada pengakhiran kes rompakan ini sehingga sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.
Hiburan

Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

gempak
12/09/2024
12:55 MYT
Selepas kemenangan yang diraih menerusi acara Miss Universe Malaysia baru-baru ini, pelakon dan model, Sandra Lim berhasrat mahu berusaha keras bagi mengharumkan nama negara ke persada dunia.
Hiburan

Pernah Berdepan 3 Pertuduhan Akibat Hantaran Di Laman Sosial, Pelawak Rizal Van Geyzel Kini Lebih Teliti Upload Video Jenaka

gempak
12/09/2024
11:55 MYT
Pelawak Rizal Van Geyzel mengambil iktibar selepas berdepan pertuduhan berkaitan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia pada Julai 2022.
Viral

"Malaysia Ada Makanan Terbaik Di Dunia" - Uncle Roger

gempak
12/09/2024
09:25 MYT
Pelawak dan Youtuber asal Malaysia, Nigel Ng, telah melancarkan restoran sulungnya, ‘Fuiyoh! It’s Uncle Roger’ di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berita

Rakyat Malaysia Lawat Atau Transit UK Perlu Mohon ETA Mulai 2025

gempak
11/09/2024
16:55 MYT
Mulai 8 Januari tahun depan, rakyat Malaysia yang melancong atau transit di United Kingdom perlu mendapatkan Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA), langkah yang ditetapkan untuk memudahkan kemasukan bagi pelawat jangka pendek.