Berita

"Umrah Tidak Dibenarkan Buat Masa Ini" - Muhyiddin Yassin

gempak
Zulaikha Yusof
03/11/2020
22:40 MYT
Sponsor Banner
"Umrah Tidak Dibenarkan Buat Masa Ini" - Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan jemaah Malaysia menunaikan ibadah umrah.
Menurutnya, keputusan yang dibuat itu berdasarkan atas nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Dr. Zulkifli juga menjelaskan walaupun kerajaan Arab Saudi telah membenarkan ibadah umrah dijalankan selama 10 hari, kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk membenarkan jemaah Malaysia ke sana pada masa ini.
Kenyataan itu dibuat menerusi sebuah entri yang dimuatnaik di laman Facebook miliknya.
Terdahulu, beliau mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) harian mengenai Covid-19 secara sidang video bagi membincangkan situasi semasa pandemik dan langkah-langkah yang perlu diambil.
Facebook: @ts.muhyiddin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024