Umum Hamil Anak Kedua, Kahi Kongsi Foto ‘Ultrasound’

Mya Amri
Disember 15, 2017 10:24 MYT
Pelakon dan bekas anggota kumpulan After School, Kahi mendedahkan diri sedang hamil anak kedua.
Kahi atau nama sebenarnya Park Ji memberitahu berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG)nya baru-baru ini.
Menurut kenyataan sumber agensinya, usia kandungan Kahi baru sahaja memasuki dua bulan.
“Memang benar Kahi sendiri telah menyesahkan berita tersebut dan usia kandungannya juga masih lagi di peringkat awal.
“Buat masa ini, Kahi akan memberikan fokus sepenuhnya terhadap bayi di dalam kandungan selain menjaga kesihatannya,” kata sumber.
Dalam pada itu, peminta juga meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat ‘baby bump’ aktres itu membesar selepas melihat foto ‘ultrasound’ yang dikongsi oleh Kahi di IGnya.
Terdahulu, Kahi telah mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan pada Mac 2016 dan dikurniakan seorang anak, Noah pada October tahun yang sama.
Foto: Instagram @kahi_korea
Sumber: Soompi
#Hamil #Hamil #Artis Korea #Kahi