Semalam, isteri kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mengumumkan telah menghentikan perniagaan biskut produk jenamanya Shelup Shelup selepas hampir dua bulan mengusahakannya.

Pengumuman itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk yang mengkritik caranya berniaga termasuk mengenakan harga tinggi terhadap produknya.

Shu yang kini sedang hamil dalam kemas kini terbaharunya di Instagram sekali lagi tampil menjelaskan keputusannya untuk menghentikan perniagaan berkenaan.

Serta meminta agar netizen tidak memperlekehkan usahanya dalam bidang perniagaan.

"Assalamualaikum and Hi ! Highly appreciated if baca dengan nada bukan minta simpati.

"It's a wise move to pause and reflect so that I can paint a new color in my coming chapter , let’s hope I have courage to tell everyone the main issue here on 9 May 2023.

"Shu (Shuhada) psedar ujian memang ada disetiap selekoh kehidupan.

"Shu sedar business memang banyak liku liku.

"Shu sedar shu mentah dalam dunia business.

"Shu yakin memang usaha shu belum 100%

"Tapi itu bukan lesen untuk mana mana pihak untuk menghina shu dan merendahkan usaha shu mencari rezeki halal," katanya.

Malah ibu kepada dua cahaya mata itu memberitahu dia sudah mempunyai perancangan untuk mengeluarkan produk baharu.

"It's a wise move to replan . Shu tiada ego atau malu nak announce Shu nak tukar business atau nak tukar product sebab semua penyokong Shu wajib tahu

“This business is not about UNTUNG RUGI, this is the real experience after studying business and economics on paper” siapa yang boleh beli experience?

"Like who studied medicine says i can handle mental illness person but never lived with one ? Nope! It’s not as easy as you might think.

"Shu hargai pesanan dan teguran semua tapi shu tak hargai hinaan dan cacian pada Shu . Shu shu rasa itu semua tanggungjawab masing masing untuk menghadap Illahi nanti

"I WILL GROW STRONGER , Insya-Allah," tegasnya.

Terdahulu, Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz bercerai talak satu terhadap kakaknya pada 22 Februari lalu menerusi panggilan telefon.

Sekadar info, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.