Hiburan
Umum Tarikh Puasa Setiap Tahun, Warna Baju Melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Ini Tarik Perhatian Ramai!
Setiap kali tibanya bulan ramadan, pastinya individu paling ditunggu-tunggu adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Syed Danial bertanggungjawab mengumumkan tarikh puasa dan juga hari raya menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Namun, dalam pada orang ramai teruja dengan pengumuman berkenaan, lain pula kisahnya di Twitter.
Rata-rata mereka dilihat turut teruja dengan warna baju melayu yang bakal dipakai oleh Syed Danial.
Ada yang melakukan undian dan tidak kurang juga yang menghimpunkan gambar-gambar Syed Danial berbaju melayu sejak 2011.
"Inilah pakaian yang dikenakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad setiap kali membuat pengumuman 1 Ramadan jatuh hari apa sejak beliau memegang jawatan tersebut pada 10 Januari 2011 sehingga kini.
"Untuk tahun 2020 baju Melayu warna apa agaknya," kata seorang pengguna Twitter.
"Rasanya malam ni Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pakai baju warna apa ya. Aku yakin baju biru malam ni," kata seorang lagi pengguna Twitter.
Anda boleh lihat antara komen menarik netizen di bawah.
Perghhh..tepat tekaan aq penyimpan mohor besar tahun nie pakai baju melayu warna turquoise..hahaha.. pic.twitter.com/58bjxCOzjz— Muhammad Safiuddin (@EnMuhammadSafie) April 23, 2020
Inilah pakaian yang dikenakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, TS Syed Danial Syed Ahmad setiap kali membuat pengumuman 1 Ramadhan jatuh hari apa sejak beliau memegang jawatan tersebut pada 10 Januari 2011 sehingga kini.Agak² untuk tahun 2020 baju Melayu warna apa agaknya? pic.twitter.com/hHhLQk64mR— Aqari (@AhmadAqari) April 23, 2020
Must-Watch Video