Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Umur 17 Tahun Ratu Dah Operate Semua... Kecuali 'Bawah'" - Safiey Illias

Amri Hassan
21/06/2021 03:50 MYT
Penyanyi dan usahawan sensasi, Safiey Illias mendedahkan dirinya mula melakukan pembedahan kosmetik sejak berusia 17 tahun.

Kata Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias, 27, ketika usia itu dia sudah melakukan pelbagai jenis pembedahan kosmetik kecuali pembedahan penukaran jantina dan tengkorak.

"Oh, ratu dari umur 17 tahun ratu sudah operate semua kecuali bawah dan tengkorak. Potong rahang semua tak ada.

"Hidung, dahi, lesung pipit, kecilkan bibir, dagu, buat payudara dan sedut lemak.

"Masa umur 17 tu tak potong lagi (bawah tu) tapi datang SPM semua dah settle, lengkap dah. Gigi pun dah," katanya menerusi sepotong video yang tular di media sosial baru-baru ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam video berkenaan, kelihatan bahagian atas dahi Safiey masih punyai kesan berjahit selepas pelantun lagu Syinta Gila itu membuat pembedahan bagi menurunkan garis rambut.

Bagaimanapun, meninjau komen yang ditulis pengguna media sosial, rata-ratanya mengkritik pembedahan yang dilakukan Safiey dan menyifatkan hasilnya seperti watak animasi Jimmy Neutron.

"Dia operate jadi Jimmy Neutron ke?

"Buruknya,,, tak apa kan hina ciptaan Tuhan yang dah diubah?

"Operate beribu pun belum tentu nampak cantik, natural beauty ciptaan Allah tiada tandingan.

"Kadang-kadang kesian tengok dia ni ubah-ubah asyik tak jadi je.

"Macam mana budak 17 tahun dah boleh dapat kebenaran untuk buat plastik surgery ek? Ker memang ada law yang membenarkan?

"17 tahun dia dah banyak duit untuk operate, aku tengah fikir cukup tak minyak motor nak ulang alik kerja sampai gaji," tulis segelintir pengguna di Twitter.

Tahun lalu, pernah tular kenyataan Safiey menghabiskan jutaan ringgit bagi menjalani proses pembedahan kosmetik pada wajah, payudara dan punggungnya.
#Penyanyi #Viral #Netizen #Pembedahan Plastik #Safiey Illias #Usahawan #Pembedahan kosmetik
;