Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Umur 23 Tahun Sudah Jadi Ibu, Aurel Hermansyah Belajar Dari Krisdayanti & Ashanty

Maliah Surip
24/03/2022 06:40 MYT
Satu bulan memegang status seorang ibu, penyanyi Aurel Hermansyah mengaku rutin hariannya berubah.

Ibu kepada Ameena Hanna Nur Atta itu berkata, perubahan-perubahan tersebut tidak banyak beza dengan yang dialami oleh seluruh ibu dan bapa.

Antaranya termasuklah tidak cukup tidur kerana menyusu dan menjaga anak hasil pernikahan dengan YouTuber Atta Halilintar.

“Sejak ada Ameena berubah semua, kehidupan saya, kebiasaan saya, jadi berubah.

“Kalau dulu susah bangun pagi, sekarang selain berjaga malam, mahu bangun pagi juga mudah,” kata Aurel seperti dilaporkan Kompas.

Malah akuinya hal yang paling berbeza dalam kehidupannya kini berbanding dahulu adalah aktiviti keluar rumah.

“Ini paling berbeza. Dulu sebelum ada Ameena saya bebas mahu ke mana mana, tapi sekarang misalnya kalau baru keluar sekejap pun fikiran sudah ingat pada Ameena,” akuinya lagi.

Selain itu kata Aurel, sebagai ibu muda yang baru berusia 23 tahun, dia juga masih banyak menerima bimbingan daripada orang tuanya termasuk ibunya, Krisdayanti dan ibu tirinya, Ashanty.

“Ya, kadang kadang saya tak sangka pada usia masih terbilang muda iaitu 23 tahun, saya sudah berkahwin dan memiliki anak.

“Jadi saya masih banyak menerima bimbingan dan belajar dari seorang orang.

“Sebab itu nenek Ameena juga selalu datang membantu saya menguruskan cucu mereka,” kata Aurel.

Untuk rekod, Aurel dan Atta menikah pada April 2021. Aurel kemudian melahirkan Ameena pada 22-2-2022 di RSU Bunda, Jakarta Pusat secara pembedahan.

#Anak #Krisdayanti #Ashanty #Aurel Hermansyah
;