,
Berita

Umur 30 Tahun, Wawa Zainal Nak Tutup 'Kilang'

ZULHILMI JALIL
07/04/2020
04:33 MYT
Pelakon Wawa Zainal meluahkan hasratnya untuk menambah cahaya mata lagi sebelum usianya mencecah 30 tahun ini.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, dia mempunyai impian untuk mempunyai dua orang lagi cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangganya.
"Eeee tiga dah anak..misi tambah dua lagi sebelum umur 30 tahun. Masalahnya sekarang pun dah 28 tahun," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam entri tersebut, Wawa turut berkongsi foto ketiga-tiga cahaya matanya.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu turut memberi bayangan bahawa dia tidak mahu mengandung lagi sebaik usianya mencecah 30 tahun.
"Korang umur berapa dan berapa anak? cuba kongsi #30tutupkilang #2moreyears," tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
"Samalah kita pun rancang 30 tahun nak tutup 'kilang'. Anak baru 2 orang , umur dah 27 tahun. Nak tambah lagi macam seram pula.
"Untung Wawa, muda anak dah ramai. Nanti dah tua anak dah besar panjang. Saya ni 30, kahwin pun belum, ada anak nanti entah umur berapa pula," tulis sebahagian netizen.
Wawa mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aeril Zafrel pada 2013.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga orang anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4, dan Aya Soffya yang kini berusia empat bulan.
Apapun, jangan lupa saksikan drama lakonan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

4 Tahun Tak Jumpa, Anak Temui Rangka Bapa Dalam Pangsapuri

gempak
10/09/2024
14:25 MYT
Rangka seorang pesara ditemui dalam sebuah pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur Khamis lalu selepas beberapa tahun kelibatnya tidak dilihat penduduk setempat.
Viral

Cahaya Icha Belanja Ibu Bapa Tak Cukup Duit Nak Beli Minyak Wangi Untuk Anak, Netizen Pula Yang ‘Panas Hati’ - “Tolonglah Jangan Bebankan Mak Ayah!”

gempak
10/09/2024
14:25 MYT
Video pempengaruh terkenal di TikTok, Cahaya Icha, yang memperlihatkan dia membantu sepasang suami isteri yang ingin membeli minyak wangi untuk anak mereka mendapat perhatian netizen.
Hiburan

Nur Izzara Alami Muntah-Muntah Hingga Masuk Wad, Alyah Terkenang Kisah Ibu Ulang-Alik Hospital – “Saya Dulu Lahir Tak Cukup Bulan”

gempak
09/09/2024
14:25 MYT
Penyanyi Datin Alyah memaklumkan anak angkatnya iaitu Nur Izzara ditahan di wad hospital selepas mengalami muntah-muntah baru-baru ini.
Berita

Ibu Didenda RM700, Benarkan Anak 10 Tahun Pandu Kereta

gempak
09/09/2024
09:55 MYT
Padah membenarkan anak berusia 10 tahun memandu kereta, seorang wanita didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Trafik Seremban pada Isnin.
Bollywood

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
08/09/2024
13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.