Laman Utama
Umur 77, Cher Tak Sangka Jatuh Cinta Dengan ‘Anak Ikan’ Beza 40 Tahun
Penyanyi yang sudah masuk dalam kategori warga emas, Cher, diketahui menjalin cinta dengan seorang lelaki muda.
Cher sudah berusia 77 tahun sementara kekasihnya, Alexander A.E. Edwards baru 37 tahun. Jurang usia mereka 40 tahun namun penyanyi yang terkenal dengan lagu Believe itu mengatakan tiada had umur untuk jatuh cinta.
“Apapun terjadi saya gembira bersama dengannya. Dia selalu membuat saya ketawa dan kami bahagia bersama.
“Apa yang saya belajar adalah tiada istilah terlambat (bercinta),” ujar Cher seperti dilaporkan DailyMail.uk.
Menceritakan tentang hubungannya dengan jejaka tersebut, Cher mengatakan mereka diperkenalkan oleh seorang teman.
Dia yang pernah berasa mustahil untuk menjalin asmara di usia senja apa lagi dengan seorang lelaki muda malah jatuh cinta dengan kekasihnya hanya menerusi kiriman mesej.
“Saya pernah beritahu rakan yang kami terlalu tua untuk jatuh cinta dengan lelaki muda.
“Tapi saya telah jatuh cinta dengan lelaki muda hanya melalui kiriman mesej!”katanya lagi.
Kata Cher apa yang membuat hatinya tertawan dengan Edwards kerana lelaki itu istimewa.
“Kami telah bersama selama setahun dan ia adalah setahun yang terbaik,” katanya yang pertama kali bertemu dengan Edwards pada September 2022.
Must-Watch Video