Hiburan
"Umur 9 Tahun Saya Terima 'Hadiah' Istimewa Dari..." - Nad Zainal Teringat Kenangan Silam Bersama Ayahnya
Semua orang pasti ada kenangan lama yang tak dapat dilupakan. Dan setiap kali ada sesuatu perkara berlaku, kenangan itu pasti kembali.
Begitu juga dengan Nad Zainal yang tidak dapat melupakan kenangan lama setiap kali dia membonceng motosikal.
"Dari zaman sekolah saya diambil dari rumah nenek dengan motor papa saya, ke sekolah juga dihantar naik motor," imbas Nad.
"Pernah dalam perjalanan ke Genting Highland, kami tiga beranak terkandas kerana tayar pancit.
"Banyak kali juga motor kapcai tu pancit mungkin dek bebanan kena 'pikul' tiga manusia," tulis Nad pada entri di Instagramnya.
Pada umur 9 tahun saya terima 'hadiah' istimewa dari motor RXZ papa saya. Akibat salah langkah turun, kaki saya kena ekzos dan parut itu kekal sampai sekarang.
"Paling saya tak lupa bagaimana papa begitu risau, dan dia letak ubat gigi supaya kesan lecur reda," tulis Nad lagi.
Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, setiap kali dia menaiki motor, pengalaman dan memori itu akan datang menyapa kembali.