Umur Bukan Penghalang, Ibu Neymar Dapat 'Pucuk Muda' Beza Usia 30 Tahun

Amri Hassan
April 14, 2020 00:15 MYT
Ibu kepada pemain bola sepak terkenal Neymar, Nadine Goncalves membuktikan usia bukan penghalang untuk mencari cinta.
Berbeza 30 tahun, Nadine dan kekasihnya, Tiaga Ramos tanpa berselindung berkongsi khabar terkini mengenai mereka.
Malah Neymar, 28, merestui hubungan ibu dan remaja berkenaan.
"Ibu bahagia, sayang kamu," tulis Neymar berserta emoji hati pada foto ibunya.
Ramos, 22, merupakan gamer dan menjadi salah seorang pasukan game 4K Easy, juga bekerja sebagai model sambilan.
Sebelum menjalinkan hubungan dengan Nadine, Ramos adalah peminat Neymar dan pernah mengirimkan pesan kepada pemain pasukan kebangsaan Brazil itu sekitar tiga tahun lalu.
Nadine berpisah dengan bapa Neymar, Wagner Ribeiro pada 2016 selepas berkahwin selama 25 tahun.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Ibu #Neymar #Jejaka Muda