HOLLYWOOD
Umur Sudah 30-an, Anak-Anak Bruce Willis Masih Mandi Bersama
Aktor Bruce Willis dan aktres Demi Moore pernah berkahwin pada 1987 sebelum bercerai di tahun 1998.
Sepanjang hidup bersama, pasangan popular Hollywood itu telah dikurniakan tiga orang anak perempuan. Mereka adalah Rumer Willis, 36, Scout Willis, 33, dan Tallulah Willis, 31.
Salah seorang anak mereka, Rumer mendedahkan satu kebiasaan yang masih dilakukan bersama dua adik perempuannya meski usia mereka sudah melebihi 30 tahun.
Rumer mengaku dia bersama Scout dan Tallulah masih mandi bersama, lapor Hola.
Pengakuan tersebut sewaktu anak Rumer hadir mengisi wawancara podcast What In The Willer dan berbincang mengenai keluarganya.
“Kami (adik-beradik) masih mandi bersama. Orang akan fikir tindakan ini mungkin keterlaluan, pelik atau gila tapi tidak buat kami.
“Ini (mandi bersama) cara kami dibesarkan dahulu,” katanya Rumer.
Pelakon itu juga mengaku dia kini menerapkan konsep keterbukaan dalam keluarga selepas melahirkan cahaya matanya, Louetta pada 2023.
“Saya tidur dengannya bersama ibu saya,” katanya lagi.
Konsep keterbukaan yang pernah diserapkan dalam keluarga kini juga diteruskan oleh Moore dan Willis. Meski sudah lama bercerai dan Willis sudah memiliki keluarga baharu, hubungan mereka tetap akrab dan membesarkan anak-anak bersama.
Must-Watch Video