Dalam tempoh sebegini, pemilihan jenis atau model telefon pintar yang tepat pastinya satu perkara paling penting sebelum membuat pembelian.

Sesebuah peranti itu perlulah trendy, bergaya, namun pada masa sama mempunyai fungsi terbaru yang serba canggih! Ye lah, sudah 2021 kan!

Namun, tahukah anda OPPO telah pun melancarkan satu telefon pintar hebat iaitu OPPO A95?

Jika anda bercadang untuk mendapatkan peranti baru, ini antara sebab mengapa anda perlu dapatkan OPPO A95!

#1 Kapasiti RAM 8GB + 128GB ROM & .... Pengembangan RAM!

Telefon pintar ini dikuasakan oleh cip pemprosesan cukup berkuasa iaitu Qualcomm Snapdragon 662 yang dipadankan dengan memori LPDDR4X dan storan UFS 2.1.

Namun, apa yang membuatkan peranti ini lebih ‘powerful’ adalah gabungan kapasiti RAM yang besar. Malah, terdapat juga fungsi pengembangan RAM!

Dengan fungsi pengembangan RAM, anda boleh menambah sama ada 2GB, 3GB atau 5GB.

Jadi apa kegunaan RAM besar?

Kalau nak tahu RAM yang besar membantu mengurangkan anda kehilangan frame rate atau ‘frame rate drop’.

Jika mengalami frame drop, maka prestasi telefon pintar akan terjejas.

Oleh itu, RAM 8+5GB = 13GB pada OPPO A95 ini akan membuatkan prestasi lebih lancar dan bebas daripada masalah lagging!

Selain itu, penggunaan RAM yang besar juga membolehkan banyak aplikasi dibuka serentak.

Perkara ini sekali gus menjimatkan masa kerana tidak perlu membuka berulang kali untuk sesebuah aplikasi.

#2 Bateri Yang Super Besar, Lengkap Pengecasan Kilat!

Bayangkan jika peranti anda memiliki bateri sebesar 5,000mAh? Pasti kerja-kerja harian anda dapat disempurnakan dengan lancar bukan?

Berita baik, OPPO A95 juga sudah terbina dengan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 5,000mAh.

Bayangkan anda boleh berbual selama 56.5 jam, melayari YouTube 17.8 jam dan bermain game 10.2 jam. Lama!

Tidak cukup dengan itu, ia juga dilengkapi teknologi pengecasan kilat 33W.

Bayangkan dalam hanya 15 minit, anda sudah menerima 30 peratus bateri. OPPO A95 juga memerlukan hanya 72 minit untuk cas sepenuhnya.

Jika anda hanya sempat cas lima minit, anda masih boleh membuat panggilan selama 5.37 jam, Instagram (1.3 jam), YouTube (1.81jam). Jimat masa!



#3 OPPO Rekaan Super Glow!

Faktor utama mengapa kita memilih sesebuah telefon pintar, pastinya pada rekaan yang serba moden bukan?

Jangan bimbang kerana OPPO A95 tampil dengan rekaan yang sangat berbeza.

Terdapat dua variasi warna ditampilkan iaitu Glowing Rainbow Silver dan Glowing Starry Black, namun setiap warna ini akan menghasilkan visual imbasan cahaya yang berbeza-beza bergantung pada persekitaran. Menarik bukan!

Malah, material yang berkilau dan bebas cap jari ini menjadikan peranti ini lebih ‘stand out’.

Apapun dengan tebal hanya 7.95mm, peranti ini menjadi antara telefon pintar yang mempunyai bateri 5,000mAh ternipis pernah dihasilkan.

Tahap kenipisan ini juga membuatkan OPPO A95 selesa digenggam.



#4 Paparan AMOLED FHD+

Bagi memastikan segala imej atau video dipaparkan jelas serta terperinci, OPPO A95 turut dilengkapi Paparan AMOLED FHD+.

Dengan resolusi ultra 2400 × 1080 sebesar 6.43 inci, paparan skrin OPPO A95 sangat jelas dan jitu!

Kamera depan juga sangat kecil dan mempunyai bezel nipis, hanya 1.60mm.

Malah, pada bahagian depan ini juga turut disertakan efek cahaya yang menyala setiap kali kamera depan digunakan!

Jangan tak tahu, OPPO A95 mempunyai kamera berkualiti termasuklah 48Megapixel(MP) utama, 2MP sensor depth dan 2MP untuk makro.

Kamera OPPO A95 sangat bagus untuk kontras yang lebih baik antara bahagian terang dan gelap selain turut menghasilkan gambar lebih terperinci terutama ketika kurang cahaya.

Sangat sesuai buat mereka yang ‘dahagakan’ gambar berkualiti tinggi.

Hebat bukan? Jadi jangan lupa dapatkan OPPO A95 yang kini telah pun mula dijual dan anda berpeluang menerima pelbagai ganjaran menarik!


5 Promosi Utama & Tawaran!


(20 November - 14 Disember 2021)

1.Purchase with Purchase! Pelanggan yang membeli OPPO A95 boleh ‘Add On’ RM1 boleh dapatkan EncoBuds bernilai RM159
Saluran: Kedai-kedai jenama OPPO, OPPO Store Online dan Pengedar OPPO sah (lokasi terpilih termasuk dalam talian, Mass Merchants dan Telco di Malaysia), Kedai Rasmi OPPO, ECOMM Partners (Lazada & Shopee)

(20 November - 14 Januari 2022)

2.Keistimewaan aplikasi My OPPO
- Pengguna yang mempunyai aplikasi My OPPO berpeluang mendapatkan voucher Starbucks beli 1 dapat 1 minuman bersaiz grande percuma dan ‘casing’ telefon terhad bernilai RM99.



(20 November Hingga 30 November)

3. Promosi Purchase with Purchase!
Promosi Eksklusif Kedai OPPO, hanya tambah RM95 dan dapatkan OPPO Band bernilai RM159.

4. Pembelian online dan ‘pick up’ di kedai rasmi OPPO
Setiap pembelian akan menerima enam bulan jaminan tambahan bernilai RM49.90.

5. Ganjaran bernilai sehingga RM70,000!

Hadiah termasuk Powerbank OPPO dan banyak lagi untuk direbut di OPPO A95 Roadshow yang berlangsung di Mid Valley pada 20 November.

Bagi 100 pelanggan pertama yang membeli OPPO A95 mereka di Mid Valley Roadshow berhak menerima OPPO VOOC Charge Power Bank bernilai RM229 serta berpeluang menyertai pertandingan interaktif dan memenangi lebih banyak ganjaran.


Untuk maklumat lanjut sila layari di sini dan juga di sini.