Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

‘Unboxing’ Mainan Je Kat YouTube….Umur Baru 8 Tahun, Pendapatan Dah Cecah RM91 Juta Setahun!

Fiza Kamarudin
20/12/2019 02:20 MYT
Saluran YouTube Ryan Toys Reviews mungkin sangat dekat dengan ibu bapa yang memiliki anak kecil!

Rasanya kanak-kanak di seluruh dunia teruja menonton saluran Youtube tersebut, lebih-lebih lagi ketika Ryan Kaji, 8, membuka bekas berisi mainan!

Siapa sangka laman sosial YouTube yang memaparkan keterujaan kanak-kanak untuk membuka bekas berisi mainan menjana pendapatan sehingga puluhan juta ringgit setahun?

Saluran YouTube yang diberi nama Ryan Toys Review diwujudkan oleh ibunya Loan Kaji – nama sebenar Nguyen Thi Kieu-Loan, bekas guru sains pada 2015.

Pada awal kewujudan, Ryan Toys Review hanya memaparkan aksi Ryan membuka kotak mainan, dilengkapkan dengan komen berserta latar belakang muzik.

Ryan Toys Review sekarang dikenali sebagai Ryan’s World; wujud sebagai saluran kanak-kanak dengan 23 juta pelanggan.

Ryan Kaji anak kacukan Vietnam dan Jepun dari Cypress, Texas, Amerika itu kini, dinobat sebagai individu paling tinggi pendapatan di saluran YouTube bagi tahun 2019.


Majalah Forbes menganggarkan keluarga Ryan meraih hampir AS$22 juta setahun melalui usaha penjenamaan dan pemasaran hasil populariti Ryan’s World.

Amat menakjubkan, kerana ada video Ryan Toys Review yang menarik satu billion tontonan! Wow!

#Viral #Viral #Ryan Kaji #Ryans World
;