UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

‘Uncle Bengkel’ Bagi Impak Besar Pada Fadlan Hazim - “Saya Kena Panggil Balik Roh-Roh…”

Asyraf Roslan 07/02/2025 | 09:55 MYT
Pelakon, Fadlan Hazim mengakui bahawa drama Curang Tanpa Niat memberikan impak yang sangat besar dalam kariernya.
Jelas Fadlan, dia sendiri terkejut ketika dipanggil untuk menjayakan watak Asyraf dalam drama tersebut yang dilihat sebagai satu karakter yang baik.
“Saya sebab dah lama tak bawa watak baik selalunya watak heavy dan antagonis, tapi bila dipanggil untuk menjayakan Curang Tanpa Niat dengan watak Asyraf watak yang sangat baik, saya rasa terkejut sebab dah lama tak dapat sambutan macam ini, orang macam sayang kita balik,” katanya kepada Gempak.
Fadlan atau nama lengkapnya Fadlan Hazim Anuwar,33, juga meluahkan rasa gemuruh apabila ingin memainkan watak tersebut pada awalnya kerana sudah terbiasa membawakan watak antagonis dan berat untuk beberapa tahun kebelakangan ini.
Bagaimanapun, Fadlan cukup bersyukur kerana pasukan produksi dan pengarah Eyra Rahman banyak membantunya bagi menjayakan watak Asyraf atau juga dikenali sebagai ‘Uncle Bengkel’.
“Masa saya nak ambil watak ini saya agak nervous sebab saya sudah lama tidak bawa watak baik, jadi agak sukar untuk saya bagi orang sayang saya balik, sebab beberapa kebelangakangan ini saya banyak bawa watak antagonis.
“Jadi nak buat orang benci mudah cuma bila dapat watak-watak baik sebegini saya kena panggil balik roh-roh watak baik untuk menjayakan kembali watak baik.
“Team saya banyak membantu, pengarah juga banyak nasihatkan saya untuk hati-hati dengan ekspresi wajah saya sebab resting face saya pun boleh nampak. Jadi seminggu dua semasa pengambaran drama ini agak sukar untuk saya,
“Saya juga akan tengok filem, siri, berlatih depan cermin untuk memastikan saya boleh bawa watak baik itu.
“Antara drama yang menjadi rujukan saya adalah drama turkish, saya pun tak tahu mengapa tapi saya rasa saya boleh jayakan selepas menonton drama turkish itu,“ jelasnya.
Pada masa sama, Fadlan juga tidak kisah sekiranya peminat akan memangilnya dengan panggilan ‘Uncle Bengkel’.
Namun sebagai pelakon, dia mahu setiap karakter yang dibawakan dalam mana-mana naskah boleh diingati tanpa dibayangi watak-watak yang pernah dibawakannya dahulu.
“Sebelum ini saya dah ada beberapa nama watak yang melekat, tapi saya rasa saya kena beat Uncle Bengkel punya watak ini untuk watak seterusnya.
Fadhlan ditemui Gempak ketika menghadiri Curang Tanpa Niat ‘Watch Party’ bersama peminat di Le Meredien, Putrajaya pada Khamis.
Selain Fadlah turut menghadiri majlis tersebut adalah Mira Filzah, Syukri Yahya, Sharifah Sakinah dan Everts Gomez.
#Fadlan Hazim #Curang Tanpa Niat #Uncle Bengkel
;