Pengacara Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali Pak Nil mengkritik tindakan yang dilakukan oleh Ellen DeGeneres yang meminta agar semua masyarakat memboikot hotel hak milik Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Menerusi entri di Instagram (IG) Ellen, Aznil menyatakan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang berhak untuk mengganggu undang-undang negara lain.

"Itu negara dia, suka hati lah dia nak buat apa.

"Undang-undang negara ko kami tak sibuk pun. Solidarity apo?." tulisnya.


Menerusi Entri tersebut ramai pihak yang tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ellen kerana dia mengajak semua masyarakat untuk memboikot hotel milik Sultan Brunei.

Tomorrow, the country of Brunei will start stoning gay people to death. We need to do something now. Please boycott these hotels owned by the Sultan of Brunei. Raise your voices now. Spread the word. Rise up.

A post shared by Ellen (@theellenshow) on


Sebelum ini, kerajaan Brunei dilaporkan anak melaksanakan hukuman sebat atau rejam sampai mati terhadap beberapa kesalahan termasuk homoseks, zina dan rogol bermula hari ini.