Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Undi Trump Esok, Tak Payah Sibuk Hal Malaysia” - Netizen Minta Lana Duduk Diam Di AS

Izwan Isa
13/10/2021 14:55 MYT
Menerusi kemas kini di Instagramnya baru-baru ini, pelakon Lana Nodin menyindir rakyat Malaysia selepas pihak kerajaan memberi kelonggaran untuk merentas negeri. Ujar Lana, kini tiba giliran rakyat Malaysia untuk merasai rasa terlalu ingin merentas kawasan, sama sepertinya dahulu.

Begitupun, tindakan Lana yang menulis panjang lebar di Instagramnya itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Hal ini dapat dilihat menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna sebuah forum hiburan tempatan.

“Kenapa dia nak sibuk hal Malaysia? Siapa yang halau dia? Pasport kau pegang, kad pengenalan kau pegang. Kaki dan tangan tak ada orang ikat nak halang duduk Malaysia. Sendiri cari masalah tak nak vaksin. Sendirilah kena hencap. Sendiri tanggung kalau mati kena COVID-19. Kerajaan dah cakap jangan jadikan kedegilan sendiri bila mencanak kes kematian naik.

“Kau tak nak vaksin satu keluarga, tiada siapa yang larang. Mati pun sendiri yang tanam, sendiri yang kubur. Tak perlu menyalak apa yang kerajaan buat kat Malaysia. Duduk diam-diam je kat negeri hujan emas. Tak perlu kisah negara Malaysia ni sebab kehadiran kau tak terkesan buat negara tercinta ini. Undi Trump esok, tak payah sibuk hal Malaysia negara yang banyak diskriminasi ini,” tulis seorang pengguna forum.

Selain itu, ada juga pengguna forum yang menyifatkan Lana sebagai anak seni yang tidak mempunyai kepentingan dalam industri hiburan tempatan.

“Selain daripada gosip seksi, Johan As’ari, meroyan, saya tak pernah tahu pun naskhah apa yang dia ni berlakon. Maknanya, satu sen pun dia ni tak guna dalam industri. Sila duduk sana diam-diam,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, seorang lagi pengguna forum turut membandingkan Lana dengan beberapa artis Malaysia yang bermastautin di luar negara.

“Pelakon lama Fatimah Ahmad duduk sana (Texas, Amerika Syarikat) sampai meninggal, tak pernah pun dia kutuk Malaysia.

“Norazah Aziz duduk Kanada pun sama dia rindu dengan Malaysia, tak pernah kutuk Malaysia. Tak lama pun perempuan ni kat Amerika Syarikat tu… lambat laun balik juga ke Malaysia. Tunggu dan lihat,” katanya.

Lana dan suaminya David McKienzie serta dua cahaya mata Gia Quinn McKienzie, 5, dan William Daud McKienzie, 3, terbang ke Amerika Syarikat pada pertengahan September lalu.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

;