Laman Utama
Undian 86 Juta Menjangkau Jumlah Rakyat Malaysia? Janna Nick Rasa Mungkin Datang Dari Negara…
Kemenangan pelakon Janna Nick sebagai Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular (ABP34) semalam tentunya meraih perhatian orang ramai.
Meninjau Twitter, ramai netizen yang mempersoalkan kemenangan Janna selepas dirinya yang kerap dilanda kontroversi sebelum ini.
Malah, ada juga yang membandingkan jumlah undian Janna yang melebihi 80 juta dengan jumlah populasi di Malaysia yang hanya sekitar 32 juta.
"Janna Nick menang grand award ABP selepas buat hal, so funny la Malaysia," tulis seorang warganet.
"Nahh this popularity game is not prestige anymore, 80 juta lebih undian untuk Janna Nick, tiga kali ganda populasi di Malaysia," tulis pengguna Twitter yang lainnya.
"Janna Nick menang 86 juta undian? Saya tak percaya, tolonglah beritahu perkara ini satu gurauan," tulis yang lain pula.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang memahami sistem undian anugerah tersebut yang tidak meletakkan batas jumlah undian kepada setiap pengundi.
Sementara dalam sidang media yang diadakan sejurus tamatnya ABP34 malam Sabtu, Janna mengandaikan jumlah undian yang diperoleh mungkin turut disumbang oleh para peminatnya di negara jiran.
"Terlalu banyak saya pun susah nak percaya dengan undian itu, tapi mungkin turut disumbang dari negara jiran.
"Sejauh mana layak? saya susah nak jawab tapi saya yakin fan club saya merasakan kesedihan yang saya rasa, mereka faham kekecewaan saya selama ini.
"Tahun ini merupakan tahun yang paling suram buat saya, saya tak pernah jangka tahun yang suram akan berakhir dengan kegembiraan.
"Sebab itu ketika atas pentas saya cakap janganlah kita putus asa, di setiap kepayahan dan kekecewaan, pasti akan ada sinarnya," katanya.
ABP34 menyaksikan Janna sebagai Bintang Paling Popular selain memenangi dua lagin kategori iaitu Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video