Peminat ERA dijemput untuk membuang undi, menentukan pemenang bagi enam kategori yang dipertandingkan dalam ERA Digital Muzik Awards 2020 (EDMA) dari sekarang hingga 18 Januari 2021 melalui laman rasmi ERA, pada pautan: edma.era.je

Enam kategori yang dipertandingkan termasuk Artis Baru Baek, Lagu Featuring Hit, Lagu Viral Onz, Fan Club Paling Ngam, dan dua kategori baharu iaitu Artis Norma Baharu dan Influencer PKP ERA dalam EDMA 2020 pada tahun ini.

Selain itu, dua kategori baharu diperkenalkan dalam EDMA 2020 bertujuan memberi penghargaan kepada penyanyi tempatan dan selebriti media sosial yang telah menghiburkan rakyat Malaysia semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara kita.

Anugerah digital ini mengetengahkan penyanyi terkenal serta bakat-bakat tempatan baharu di medium media sosial serta digital melalui undian sepenuhnya daripada peminat-peminat. Peminat boleh mula membuang undi bagi memilih calon terbaik untuk dinobatkan sebagai juara bagi setiap kategori dan dengarkan ERA menerusi aplikasi SYOK.

Berikut merupakan calon-calon setiap kategori EDMA2020:

Artis Baru BaekLagu Featuring Hit [Undi]Artis Norma Baharu [Undi]
Lagu Viral Onz [Undi]Influencer PKP ERA [Undi]
Fan Club Paling Ngam [Undi]