“Ungku Zara, Saya Tak Akan Lupa Tangisan Pertamanya” – Linda Onn

Mya Amri
Mac 13, 2018 06:07 MYT
Penyampai radio SINAR.FM, Linda Onn memilih nama Ungku Zara untuk anak sulungnya yang dlahirkan 24 Februari lalu.
Nama yang cantik itu didedahkan oleh Linda menerusi akaun Instagramnya pada Ahad.
Linda juga turut menyatakan rasa gembira dan syukur kerana dianugerahkan harta yang tidak ternilai.
“Ungku Zara, dua minggu lalu awak telah dilahirkan dan memberikan kegembiraan yang tidak terhingga kepada kami.
“Saya tidak akan lupakan kali pertama mendengar tangisannya. Saya sayangkan kamu selama-lamanya, cinta hatiku,”
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut memuji keindahan nama anaknya selain mengucapkan selamat berpantang kepada Linda.
“Alhamdulillah, tahniah Linda & suami, comel nama baby,” -@nordeehanania
“Alhamdulillah. Tahniah @lindaonn7. Semoga anak membesar menjadi insan solehah dan sihat hendaknya. Amin,”@- amyza_madzin
Foto: Instagram @lindaonn
Teks oleh: Mya Amri
#Anak #Penyampai radio #Linda Onn