Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

UNIC, Inteam Bekerjasama Dengan Peduli Insan Kumpul Bantuan Kepada Syria & Palestin Sepanjang Ramadan, Ini Cara Anda Boleh Bantu!

Mya Amri
18/04/2023 11:20 MYT
Kumpulan nasyid, Inteam yang merupakan salah seorang Ikon Kemanusiaan Peduli Insan sebelum ini sudah beberapa kali berpeluang menyertai misi untuk merasai sendiri pengalaman tinggal di kem pelarian Syria.

Kali ini, Inteam ingin mengambil perhatian masyarakat untuk membantu mereka yang memerlukan sepanjang Ramadan terutama pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian.

Rakyat Palestin yang sedang diuji dengan keganasan dan kelakuan jelik dilakukan oleh tentera rejim Zionis yang sudah beberapa kali mengganggu umat Islam beribadah di Masjid Al-Aqsa.

Jadi kesempatan kali ini digunakan untuk mengajak orang ramai turut serta dalam misi bantuan yang akan disampaikan oleh Peduli Insan di dalam kempen Infaq Ramadan siri ke 12.

UNIC juga turut menyertai secara rasmi sebagai Ikon Kemanusiaan bermula Ramadan 2023 untuk memastikan info tepat dan dalam masa yang sama dapat disebarkan terutamanya melalui platform sosial media kumpulan nasyid itu sendiri.

Kempen Infaq


Kempen Infaq Ramadan (12) yang dijalankan oleh Peduli Insan ini telah berjaya diagihkan sejak bermulanya dari hari pertama Ramadan lagi.

Kempen yang dilakukan oleh Peduli Insan ini bertujuan untuk membantu:

1. Krisis kemanusiaan di Syria yang sudah lebih 12 tahun mengalami perang besar tetapi kesan perang semakin teruk di mana berlakunya berbagai isu kemanusiaan seperti kebuluran, penyakit-penyakit tular yang menyerang orang tua serta kanak-kanak dan bayi.

2. Selain dari Syria, negara bergolak seperti Palestin juga telah diserang oleh tentera rejim Zionis di Masjid Al-Aqsa dan beberapa kawasan lain ketika mereka sedang berbuka dan menunaikan solat.

3. Bantuan yang dihulurkan walau sekecil mana pun mampu memberikan mereka harapan untuk terus menghadapi hari mendatang.

Kehidupan Di Bulan Ramadan


Kehidupan mereka juga tidak sama berbanding dengan kita, pelbagai dugaan yang harus mereka tempuhi walaupun di bulan Ramadan antaranya:

1. Di Palestin, rakyat berterusan diganggu dengan keganasan yang dilakukan rejim Zionis yang mengganggu iftar serta solat mereka dan perkara ini berulang saban tahun.

2. Rakyat Palestin yang terus diugut dan diserang tanpa sebab. Lebih menyedihkan lagi semua yang itu terjadi ketika mereka sedang menunaikan ibadah kepada Allah di bulan Ramadan.


3. Manakala di kem pelarian Syria pula, mereka tidak mempunyai kemeriahan bazaar Ramadan seperti kita yang mempunyai pilihan untuk menghadiri bazaar Ramadan berbeza setiap hari.

4. Pelarian Syria yang tinggal di khemah using boleh dikatakan bagai retak menanti belah setelah terjadinya gempa pada Febuari lalu, hanya mampu berbuka dengan air kosong dan jika direzekikan dapatlah mereka merasai kurma

Bantuan Yang Disalurkan


Kempen ini menyasarkan bantuan kepada 500,000 orang penerima manfaat dan menjelang minggu terakhir, bantuan hanya mampu diagihkan kepada hampir 300,000 penerima manfaat, manakala 200,000 lagi akan disantuni mengikut kepada kadar sumbangan yang diterima.

1. Bantuan yang diberikan dalam Kempen Infaq Ramadan diutamakan kepada juadah makanan iftar dah sahur setiap hari kepada pelarian yang tinggal di kem di bawah jagaan Peduli Insan.

2. Bantuan ini akan diberikan setiap hari dan persiapan serta agihan bantuan dibuat oleh pasukan Peduli Insan sendiri di pejabat utara Syria.

3. Kem pelarian Syria termasuk rakyat Palestin di Gaza telah menerima juadah iftar dan sahur berbentuk nasi dan lauk ayam atau daging disertai dengan kurma dan air yogurt.

4. Juadah makanan siap hidang berbentuk tajaan makanan iftar dan sahur sepanjang Ramadan serta agihan kurma, buah-buahan serta makanan asas.

5. Bantuan berbentuk kesihatan turut diutamakan mengikut keadaan mendesak pelarian Syria yang tidak mendapat akses untuk perubatan.

6. Tajaan anak-anak yatim sepanjang tahun berjumlah RM3,000 di mana bantuan seperti makanan, kesihatan dan pendidikan akan diberikan dan sasaran jumlah tajaan anak-anak yatim adalah sebanyak 200 orang.

Justeru itu, seiring dengan usaha Pertubuhan Peduli Insan mendapatkan sebanyak mungkin bantuan untuk diagihkan sepanjang Ramadan, UNIC dan Inteam selaku ikon kemanusiaan juga berharap mendapat sokongan penuh pemnat dari segi doa serta sumbangan di dalam kempen yang dijalankan ini.


Jadi marilah kita bersedekah dengan kempen infaq Ramadan yang diusahakan oleh Peduli Insan ini sekarang bagi memberi sedikit kebahagiaan kepada mereka di bulan Ramadan.

Caranya mudah sahaja, hubungi talian 013-3968840 jika ingin mengetahui maklumat lanjut atau layari https://www.peduliinsan.org/my


#Ramadan #Advertorial #Syria #UNIC #Palestin #Bantuan #Inteam #Peduli Insan
;