Ingin menyaksikan filem animasi bersama keluarga tetapi bingung filem genre apakah yang ingin ditonton? Nah, apa kata sama-sama nikmati filem Turning Red, sebuah naskhah animasi yang boleh distrim di Disney+ Hotstar bermula 11 Mac lalu.


Diarahkan oleh Domee Shi dan dibintangi oleh Sandra Oh, Rosalie Chiang, Maitreyi Ramakrishnan sebagai pelakon suara, ini merupakan lima sebab kenapa anda perlu menyaksikan Turning Red. Jom semak!

Jalan cerita mudah difahami
Turning Red sangat sesuai ditonton oleh seisi keluarga kerana ia memiliki jalan cerita dan plot sederhana dan mudah difahami. Sungguhpun begitu, ia masih memiliki mesej penting dan makna yang mendalam.

Di sebalik apa yang dialami oleh Mei, penonton boleh mempelajari erti menerima keadaan diri, selain melihat isu akhil baligh merupakan satu hal yang sangat normal dalam kalangan remaja.

Tentang kisah fantasi anak remaja
Turning Red berkisarkan tentang seorang anak perempuan bernama Meilin Lee atau mesra disapa Mei, yang mengalami rasa dilema selepas menginjak usia 13 tahun.Seperti remaja seusia, Mei merupakan gadis ceria, aktif, dan sering bersemangat. Namun, Mei tiba-tiba mengalami satu perkara aneh - dia berubah menjadi panda merah raksasa setiap kali dia berasa terlalu bersemangat atau beremosi.

Hal ini sudah tentu memberi impak yang luar biasa kepada Mei sehingga mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan ibunya yang terlalu bersifat mengawasi.

Arahan sutradara pemenang Oscar
Domee Shi merupakan seorang pereka animasi, storyboard artist, pengarah dan juga pernah menyumbang untuk membikin filem Pixar lain seperti Inside Out, Incredibles 2 dan Toy Story 4.

Domee Shi juga pernah menjadi pengarah bagi film pendek Pixar berjudul Bao yang berjaya meraih anugerah Oscar menerusi kategori Best Animated Short Film pada tahun 2019.

Istimewanya, filem Turning Red ini diinspirasi daripada kisah nyata atau pengalaman yang dialami oleh sang sutradara pada masa mudanya. Selain itu, Domee Shi juga berharap film ini dapat memberi inspirasi bagi anak remaja khususnya perempuan yang sedang akhil baligh.

Kisah sahabat
Jika anda menonton filem ini, Turning Red tidak berkisar pada kehidupan Mei semata-mata, tetapi turut memaparkan konflik persahabatannya dengan tiga teman, Miriam, Priya dan Abby.

Sungguhpun mereka ta
hu tentang perubahan unik yang terjadi pada diri Mei, namun persahabatan mereka tidak terlerai, malah semakin akrab.

Animasi unik
Gaya animasi filem ini memiliki keunikan tersendiri kerana ia terinspirasi daripada anime Jepun. Tentulah ia menjadi nilai tambah kepada Pixar dan Disney yang dilihat mahu mencuba sesuatu yang baharu.