Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Unik & Sedap! WAJIB Cuba 7 Tempat Makan Ini!

Syafiqah Jalal 04/10/2018 | 08:14 MYT
Selangor merupakan negeri yang menarik untuk dijelajah terutama tempat makannya.
Terbaharu, menerusi program Eat.Travel.Write 7.0 yang dianjurkan oleh Gaya Travel Magazines dan Selangor State Economic Planning Unit (UPEN), Gempak dibawa ke tujuh tempat makan menarik sekitar Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Tujuh tempat makan tersebut adalah seperti:
  1. Batang Kali Bamboo Briyani
Pernah dengar nasi dimasak dalam buluh? Unik bukan? Ha.. uniknya lagi ia bukan nasi biasa tetapi nasi baryani yang mempunyai rasa asli dari India. Anda akan dihidang dengan nasi baryani bersama lauk lengkap yang dimasak dalam buluh terus ke pinggan.
Rasa baryani ini berbeza daripada baryani biasa kerana ia lebih aroma dan terasa bumbunya sebati dengan nasi dan lauk yang dihidangkan. Lauk pula pelbagai, bukan hanya ayam dan daging tetapi uniknya mereka mempunyai Lobster Baryani.
Harga setiap hidangan bermula dari RM18.90 hingga RM160.
Lokasi: Batang Kali Bamboo Briyani, 35, Jalan Meranti 2b, Pekan Batang Kali, 44300 Batang Kali, Selangor, Malaysia
  1. D’ Rimba Shellout
Hellooo buat penggemar makanan laut! Kini ada banyak cara anda boleh menikmati makanan ini, salah satunya dengan cara masakan di D’ Rimba Shellout!
Jika biasanya konsep makanan lauk seperti ‘shellout’ ini dinikmati hanya di restoran mewah, tapi kini anda boleh layan dengan santai dalam suasana kampung!
Pelbagai aneka makanan lauk seperti ketam, kepah, udang, sotong dan banyak lagi anda boleh nikmatinya secara ‘bersepah’ di atas meja disediakan disini.
Lokasi: D’ Rimba Shellout, Lorong Mawar, Jalan Bomba, Sungai Kajang Baru, 45500 Tanjung Karang, Selangor, Malaysia
  1. Warung Ibu Nasi Ambeng
Meskipun nasi ambeng merupakan makanan yang berasal daripada Jawa, namun kini di Malaysia ia sudah semakin popular dan menjadi kegembaran ramai.
Nasi ambeng di warung ini sangat berbeza kerana terasa keasliannya, malah apabila ia masuk sahaja ke dalam mulut anda pasti terbayangkan masakan ibu di rumah. Apatah lagi, warung itu terletak dihadapan rumah kayu kampung yang klasik.
Uniknya, di warung ini anda boleh merasai makan di dalam dulang bersama pasangan atau rakan anda. Kesemua nasi putih bersama mee goreng, begedel, ayam masak kicap, sambal goreng, tempe goreng dan lauk wajib adalah serunding dihidang dalam satu hidangan.
Lokasi: Batu 3, Jalan Besar Tanjung Karang ( Lebih kurang 10-15 minit dari Pekan Kuala Selangor )
  1. Auntie Foo Cafe
Dengan cuaca panas sekarang, sangat sesuai jika anda dapat menyejukkan tekak anda di café ini! Air batu campur (ABC) da cendol gula melaka antara menu istimewa yang perlu anda cuba.
Uniknya cendol gula melaka yang dihidangkan adalah daripada kepalan ais gula melaka yang dibuat sendiri. Kepalan ais gula melaka dihidang bersama cendol dan santan itu rasanya sangat enak!
Lokasi: 1, Jalan Raja Abdullah, Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
  1. Kaya puff at Teng Wun Bakery & Confectinonery
Jika anda pertama kali mencuba kaya puff di kedai ini, pasti anda akan kembali lagi kerana kerangupan kulitnya dan ketebalan inti kayanya sangat serasi bila ia cair di mulut anda!.
Kedai kuih dan kek klasik ini turut menjual pelbagai kek termasuk kek pandan dan kek durian yang enak!
Lokasi: 15, Jalan Dato Muda Jaafar, Pekan Kuala Kubu Bharu, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor, Malaysia
  1. Kerepek KunyaKunya, Tanjong Karang
Jika anda mencari kuih-kuih tradisional dan kerepek untuk dimakan sebagai kudapan atau hidangan untuk tetamu, jangan lupa singgah ke kedai Kerepek KunyaKunya.
Dalam banyak-banyak kuih tradisional yang dijual, kuih bahulu antara paling unik disini apabila menjual bahulu berinti jem strawberi dan coklat.
Disini juga, hampri semua pemprosesan kuih dan kerepek dijalankan.
  1. Cendol Borhan
Nama Cendol Burhan pasti tidak asing lagi bagi penduduk di Kuala Selangor. Warung ini telah dibuka dengan lebih besar dengan pelbagai menu enak yang lain.
Namun paling popular disini adalah cendol durian. Menurut pengusahanya, menu cendol durian akan sentiasa ada di warungnya hampir setiap hari meskipun ia bukan ketika musim raja buah tersebut.
Selain cendol, menu lain yang turut enak untuk dicuba adalah, rojak mee, char kuey teow dan banyak lagi.
Lokasi: Kampung Permatang, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Foto ihsan : Mirul Adzim, Pocket Production, Gaya Travel
#Kuala Selangor #Selangor #Tempat Makan
;