,
Gaya Hidup

Unik, ‘Underrated’ & Indah... Ini 5 Tempat Anda Wajib Singgah Di Miri!

Azwa Rahman
29/04/2019
05:37 MYT
Miri merupakan sebuah bandar indah di pesisir pantai utara negeri Sarawak.
Terletak 45 minit dari sempadan Brunei, Miri ternyata ada keunikan tersendiri.
Menjadi lokasi bagi pertandingan Miss Grand Malaysia 2019, ternyata Miri merupakan sebuah bandar yang ‘underrated’.
Selayaknya menerima kunjungan anda bersempena Tahun Melawat Sarawak 2019, ini lima tempat yang harus anda lawati di Miri.
1. Pantai Tusan
Pantai Tusan merupakan antara signature bagi bandar Miri. Terletak 45 minit perjalanan dari pusat bandar, pantai ini menjadi tumpuan kerana struktur batuannya berupa kuda yang sedang minum air.
Dicadangkan untuk anda datang seawal 7 pagi untuk mengelakkan air pasang. Anda memerlukan sedikit aktiviti penurunan cerun untuk sampai ke pantai ini!
2. Miri Handicraft Centre
Jika anda mahu mendapatkan barangan cenderamata terbaik, bolehlah menuju ke Miri Handicraft Centre yang terletak di tengah pusat bandar.
Anda boleh mendapatkan barangan seperti beg tenun, pua kumbu, kek lapis Sarawak, rantai manik, lukisan dan pelbagai lagi.
3. Coco Cabana
Tarikan untuk anda yang mahukan kesegaran bayu laut dan pemandangan matahari terbenam yang terbaik.
Menjadi lokasi penduduk Miri bersiar-siar, ada juga basikal yang boleh disewa untuk aktiviti berbasikal. Sebelah malamnya pula, ada pertunjukan cahaya lampu yang sangat cantik.
Jangan lupa berjalan sehingga ke hujung untuk bergambar bersama patung kuda laut besar yang gah!
4. Marina Park City
Sebuah ‘township’ menghadap Laut China Selatan, Marina Park City merupakan antara tempat paling happening di Miri.
Kawasan seluas 550 ekar ini terdiri daripada empat daerah iaitu City Front, River Park, Waterfront dan Market.
Di Marina City Park inilah boleh menjadi tempat melepak anda bersama teman. Kopi, bubble tea, kafe hipster, pusat membeli-belah, taman rekreasi tepi laut, semuanya ada di sini!
5. Pasar Tamu Muhibbah
Menyediakan hasil tempatan terbaik untuk pengunjung, pasar ini destinasi terbaik untuk anda yang mahu mengenali warga lokal dengan lebih baik.
Terletak di pusat bandar, antara hasil tempatan isitmewa yang anda boleh dapatkan di sini adalah garam bario, lada putih, gambir Sarawak, sayur midin dan ulat sagu.
Macam-macam ada di Miri!
Kalau anda belum pernah menjejakkan kaki ke Sarawak, inilah masanya anda berkunjung ke Miri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Viral

Keluarga Farah Kartini Mohon Henti Keluar Kenyataan Gores Hati

gempak
16/07/2024
15:24 MYT
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Gaya Hidup

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Pergi Mana? In 5 Lokasi Menarik Yang Boleh Dilawati Di Kuala Lumpur!

gempak
30/05/2024
18:55 MYT
Cuti sekolah sememangnya waktu yang paling dinantikan sama ada dalam kalangan pelajar mahupun ibu bapa.
Advertorial

Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya

gempak
28/04/2024
08:55 MYT
Bestnya Melbourne!
Unitar