Uniknya! Pelancong Wanita Ini Diberi Nama Malaysia - “Orang Di Sini Baik, Makanan Juga Bagus”
Mya Amri
02/07/2024 10:25 MYT
02/07/2024 10:25 MYT
Seorang wanita rakyat Amerika Syarikat menjadi perhatian netizen kerana memiliki nama yang unik menyamai negara ini iaitu Malaysia.
Puji budaya dan makanan di Malaysia
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @pgmn_gogogo, wanita itu memperkenalkan namanya dan berkongsi pengalaman pertama kali bercuti di Malaysia.
“Nama saya Malaysia, saya dari Amerika. Pertama kali saya datang ke Malaysia, sangat menakjubkan dan cantik,” ujarnya.
Dalam video yang sama, Malaysia juga turut memuji penduduk, budaya dan makanan yang terdapat di negara ini.
“Orang-orang di sini juga baik. Makanan sangat sedap dan budaya di sini juga sangat mengalu-alukan.
“Sebenarnya saya tidak meletakkan apa-apa jangkaan sebelum datang ke Malaysia dan ternyata ia melebihi daripada itu,” katanya.
Netizen suka Malaysia
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen menyukai dan mempunyai rasa ingin tahu mengenai asal usul nama wanita itu.
“Karakter dia sendiri menggambarkan Malaysia. Rupa dia macam mixed, manis-manis. Cara cakap sopan, tenang,” tulis seorang netizen.
“Mungkin ibu bapa Malaysia ada kenangan manis dengan Malaysia,” komen netizen.
Di bawah merupakan video penuh temu bual ringkas bersama Malaysia:
undefined