UNITAR Perkenal Program Sarjana Muda Siap Sedia Pasaran Kerja
Kumpulan Pendidikan UNITAR, yang merangkumi Universiti Antarabangsa UNITAR, Kolej UNITAR, dan Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur, baru-baru ini melancarkan program sarjana muda yang direka untuk menghasilkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Dengan memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran industri yang relevan, program-program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan UNITAR, Dato’ Puvan Balachandran, berkata UNITAR sangat komited bagi menawarkan program yang mampu mengubah kehidupan melalui pendidikan yang berpatutan dan berkualiti.
“Program sarjana muda kami memberikan pelajar bukan sahaja pengetahuan teori tetapi juga kemahiran praktikal yang diperlukan dalam dunia pekerjaan masa kini,” katanya menerusi satu kenyataan media.
Sementara itu, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Bin Abu Bakar, Naib Canselor Universiti Antarabangsa UNITAR pula memaklumkan matlamat utama UNITAR adalah untuk memperkasakan tenaga kerja masa depan Malaysia.
Berikut merupakan kelebihan yang ditawarkan oleh UNITAR:
Program Sarjana Muda yang Komprehensif
UNITAR menawarkan pelbagai pilihan program sarjana muda antaranya termasuk bidang pendidikan, perniagaan, teknologi maklumat, pendidikan, seni dan banyak lagi.
Program-program ini disediakan di lebih 25 lokasi di seluruh Malaysia bagi memberikan fleksibiliti dan akses kepada pelajar dari pelbagai latar belakang.
Pendidikan Berkualiti dengan Kos Mampu Milik
Sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti, UNITAR memastikan yuran pengajian yang kompetitif serta menawarkan pelbagai biasiswa dan bantuan kewangan. Ini bagi memastikan pelajar dari semua lapisan masyarakat dapat mengejar impian akademik mereka tanpa halangan kewangan.
Kurikulum yang Menepati Keperluan Industri
Program sarjana muda di UNITAR direka bersama dengan pakar industri untuk memastikan kurikulum yang ditawarkan relevan dan memenuhi keperluan pasaran kerja. Selain pembelajaran teori, program ini juga menggabungkan elemen praktikal seperti latihan industri, pembelajaran berasaskan projek dan bengkel kemahiran yang memberi pendedahan langsung kepada pelajar.
Rangkaian Alumni yang Kuat dan Sokongan Berterusan
Dengan lebih 135,000 alumni, UNITAR memiliki rangkaian alumni yang kuat dan aktif. Graduan yang berjaya sering memberi sokongan kepada pelajar semasa melalui peluang bimbingan, rangkaian profesional, dan sesi bimbingan kerjaya.
Peluang Global dan Perkongsian Industri
Program sarjana muda UNITAR tidak hanya menyediakan pelajar dengan pengetahuan untuk pasaran tempatan tetapi juga memberi mereka peluang untuk berkembang dalam pasaran global. Melalui kerjasama rapat dengan syarikat-syarikat terkemuka, UNITAR memastikan pelajar mendapat peluang latihan amali yang membuka pintu kepada peluang pekerjaan.
Mod Belajar Konvensional (on campus) + Online
Kumpulan Pendidikan UNITAR mempunyai pusat pengajian yang luas di seluruh Malaysia, memberi pelajar peluang untuk belajar berhampiran rumah sambil mendapat manfaat daripada pengajaran oleh lebih 100 profesor yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing.
Menyokong Wawasan Ekonomi Pengetahuan Negara
Dalam menyokong wawasan Malaysia untuk menjadi ekonomi yang dipacu pengetahuan, UNITAR berusaha untuk menghasilkan graduan yang bukan sahaja mahir secara akademik, tetapi juga kompeten dalam aspek praktikal, menjadikan mereka lebih bersedia untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
Pengiktirafan Industri
Universiti Antarabangsa UNITAR juga diiktiraf oleh Talentbank sebagai Universiti Pilihan Majikan, yang mengesahkan komitmen UNITAR dalam menghasilkan graduan yang siap sedia untuk diterima dalam dunia pekerjaan.
Untuk maklumat lanjut, sila tekan sini.