Penganjuran Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM23) yang berlangsung hujung minggu lalu memperlihatkan syarikat rakaman Universal Music dan Def Jam Recordings Malaysia mengungguli 12 pengiktirafan daripada 21 kategori yang dipertandingkan.
Kemenangan tersebut terdiri daripada Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita): Sinar Mata Hati (Ernie Zakri), Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan): Tunggu (V.E.), Album Terbaik: Yonny (Deluxe Edition) (Yonnyboii), Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artist Luar Negara: Tak Ingin Usai (Keisya Levronka), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: Game of Charades (Sophia Zuhri) dan Lagu R&B/Hip Hop Terbaik: CIAO (Joe Flizzow).
Selain itu, kategori lain yang turut diungguli oleh Universal Music dan Def Jam Recordings Malaysia termasuklah Lagu Pop Terbaik: Goodbye Hello (Ernie Zakri & Syamel), Rakaman Album Terbaik: Belagu (Dayang Nurfaizah), Rakaman Lagu Terbaik: Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah), Susunan Terbaik Dalam Lagu: Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah), Lagu Terbaik: Goodbye Hello (Ernie Zakri & Syamel) dan Lagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi: Adakah Ini Mimpi (Reedzwann).
Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, kemenangan yang diraih Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa apatah lagi selepas industri hiburan tanah air ‘lumpuh’ ekoran pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir dua tahun.
“Kita tahu sepanjang pandemik COVID-19 aktiviti seni tidak dapat dilaksanakan seperti sebelumnya. Namun, syarikat rakaman tidak boleh duduk diam saja. Jadi, apa yang dibuat adalah memperkasakan lagi kandungan di platform digital. Justeru, sepanjang tempoh itu, Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia tetap rancak menghasil dan menerbitkan lagu khusus buat peminat muzik tanah air.
“Biarpun masih berdepan cabaran, tapi ia bukan halangan untuk syarikat rakaman berhenti daripada terus berkarya dengan menghasilkan lagu dan album berkualiti. Apatah lagi ini adalah asas yang menjadi keutamaan kami. Syarikat rakaman turut memberikan kebebasan kepada penyanyi untuk berkarya dan menunjukkan kreativiti mereka.
“Apa pun, kemenangan pada AIM23 bukti kerja keras semua pihak yang terbabit secara langsung mahupun tidak dalam semua karya yang diangkat. Semoga ini menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia menghasilkan lebih banyak karya berkualiti dan terbaik,” katanya.
Tambah Kim Lim, dia tetap berharap aktiviti mempromosikan lagu secara lapangan diteruskan dan ia adalah tradisi yang tidak boleh dilupakan.
“Walaupun sepanjang tempoh pandemik dan PKP itu kebanyakan aktiviti dijalankan secara dalam talian membabitkan semua platform digital, Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia masih menjaga kualiti itu. Dalam masa sama, aktiviti ‘on ground’ yang kebiasaan dibuat sebelum ini masih perlu dijalankan. Kita tetap nak ada ‘vibes’ itu,” katanya.
Sementara itu, Pengarah A&R & Pemasaran Universal Music Malaysia yang juga Ketua DefJam Recording Malaysia, Hermond Cheng berkata, dia turut berbangga atas pencapaian diraih Def Jam Recordings Malaysia.
“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang menang pada AIM23 terutama daripada Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia. Cukup bangga juga apabila Def Jam Malaysia bawa pulang dua kategori iaitu Album Terbaik: Yonny (Deluxe Edition) (Yonnyboii) dan Lagu R&B/Hip Hop Terbaik: CIAO (Joe Flizzow).
“Walaupun Def Jam Recordings Malaysia ini boleh dianggap pemain baru dalam pasaran muzik tempatan, kemenangan ini adalah bukti yang mana kita sentiasa mahu memberikan hasil kerja dan karya yang berkualiti. Dalam masa sama, saya percaya sokongan daripada semua pihak antara penyumbang kepada kejayaan ini,” katanya.
Selan itu, Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia turut merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada beberapa rakan kerjasama mereka antaranya Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd; DN & AD Entertainment Sdn. Bhd; Cloudworks Entertainment; Kasugi Timur Sdn. Bhd. / Wake The Baby dan RUSA Marketing Sdn. Bhd.
Bagi penganjuran AIM23, pihak penganjur menerima 650 pencalonan bagaimanapun hanya 105 disenarai pendek bagi 21 kategori yang dipertandingkan untuk karya yang diterbitkan dalam tempoh satu setengah tahun bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022.
Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang juga Jawatankuasa Penganjur AIM23, Rosmin Hashim Rosmin memaklumkan seramai 113 juri terbabit dalam penilaian calon dengan setiap kategori diadili antara tujuh hingga 10 pakar dalam bidang masing-masing.
Juri terdiri daripada Maestro Muzik, Datuk Mokhzani Ismail merangkap ketua juri, Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Fauzi Marzuki, Datuk Acis, Dato' Afdlin Shauki, Mas Idayu, Noryn Aziz dan ramai lagi.
Izwan Isa
Tue Sep 13 2022
“Bubs, Yang, Love” - Sarah Yasmine Dedah Panggilan Manja Aliff-Sophia, Berhubung Guna Akaun Palsu?
Nama pelakon jelita Sophia AlBarakbah hangat diperkatakan apabila Sarah Yasmine memuatnaik tangkap layar perbualan dipercayai antara Sophia dan Aliff Aziz.
Sarah Yasmine Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Berlagak 'Angel'... Beri Kenyataan Palsu Kepada Media?
Selepas pendedahan mengenai Ruhainies, Sarah Yasmine sekali lagi tampil pula mendedahkan tangkap layar perbualan antara pelakon Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz.
"Pahang Negeri Kaya Dengan Khazanah & Destinasi Menarik" - Fizz Fairuz Teruja Sertai Moh Karnival Makmur
Datuk Fizz Fairuz dapat kembali ke Pahang sempena Moh Karnival Makmur yang diadakan di daerah Bera sejak semalam sehingga Ahad ini.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Tular Foto Bersama Sarah Yasmine, Ini Respons Anna Jobling - “Kami Berjumpa Pertama Kali Dekat…”
Gara-gara tular gambar bersama kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, pelakon Anna Jobling bagaimana tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai dakwaan dirinya kawan baik wanita bernama Sarah Yasmine itu.
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak