Universiti Di Ireland Tawar Ijazah Jadi Influencer
Maliah Surip
03/10/2023 05:55 MYT
03/10/2023 05:55 MYT
Jangan terkejut tapi laporan ini benar. Sebuah universiti iaitu South East Technological University (SETU) di Carlow, Ireland akan membuka peluang kepada mahasiswa yang mahu menjadi Influencer atau pempengaruh menerusi jurusan yang bakal ditawarkan pada tahun hadapan.
Jurusan tersebut dikenali sebagai Bachelor of Arts degree in Content Creation and Social Media. Ia akan menyediakan para mahasiswa dengan pembelajaran menyeluruh tentang menjadi seorang Influencer sebagai sebuah pekerjaan.
Antara subjek yang akan diajar adalah cara menangani krisis, komunikasi, studi selebriti, psikologi sosial dan suntingan video serta audio.
Pensyarah Senior SETU, Irene McCormick yang mengasaskan jurusan ini memberitahu Washington Post, universiti tersebut menjadi yang pertama di dunia menawarkan ijazah dalam pekerjaan tersebut.
Idea mewujudkan jurusan ijazah ini datang daripada anak perempuannya yang juga merupakan seorang pelajar baru di universiti tersebut.
McCormick mendakwa anaknya mempunyai ramai pengikut di laman TikTok sekaligus menyedarkannya betapa besar kuasa media sosial sekarang.
“Kami melihat ada ruang dan keperluan untuk jurusan ini dan kita hanya perlu membangunkan ijazah lalu disahkan,” katanya.