Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Unknown Mahu 'Semuanya Unknown' Untuk AME2021 Ahad Ini!

Asraf Aided
26/01/2022 11:53 MYT
Kumpulan Unknown yang sedang terkenal dengan lagu mereka, Baby Sayang akan membuat persembahan di acara karpet merah Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME2021), Ahad ini.

Menurut anggotanya, Ameer, salah seorang daripada mereka iaitu Zaq mungkin tidak dapat menyertai kerana bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

"Salah seorang anggota kami, Zaq mungkin tidak akan turut serta membuat persembahan di AME2021 Ahad ini memandangkan dia pun akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

"Insya-Allah anggota lain semuanya ada dan kami akan bawakan lagu Baby Sayang," katanya dalam temubual bersama Gempak TV.

Sementara itu, Mary Haf menambah tentang pakaian yang akan digayakan mereka pada malam berprestij itu nanti.

"Dari segi pakaian pula kami dah rancang, tapi masih tak boleh nak dedahkan setakat ini, namapun Unknown, jadi bab pakaian, semuanya pun unknown," selorohnya.

Banyak lagi yang menarik akan dipaparkan dalam Gempak TV antaranya temu bual bersama pemain game (E-sport) Arull dan Kuza serta banyak lagi!

Jangan lepaskan peluang menonton Gempak TV setiap Rabu, 11 malam di Astro Ria.

Sementara itu, Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini.

Berbalik kepada AME2021, teruskan mengundi untuk Top5 setiap kategori 2021 di sini. #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.

Foto: Harian Metro
#Persembahan #AME2021 #The Unknown