"Untuk Hero, Kawan Baik, Superstar & Suami..." - Maria Farida Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4

Asraf Aided
November 27, 2019 04:38 MYT
Aktres jelita, Datin Seri Maria Farida menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-4 bersama suaminya, Datuk Seri Rahman Shakur semalam.
Perkara itu dikongsi Maria menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
Maria meluahkan rasa gembira dan menulis ucapan istimewa buat suaminya itu.
"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-4 untuk hero, kawan baik, rock, superstar dan suami saya.
"Kita sudah melalui empat tahun bersama dan saya akan lebih mencintai dalam tahun-tahun akan datang, saya rasa bertuah dapat bergelar isteri kepada awak, love you so much because your heart is gold," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Maria turut menulis ucapan buat pasangan bahagia ini.
Imbas kembali, Maria dan suami mendirikan rumah tangga pada 26 November 2015.
Dalam industri hiburan, Maria mulai aktif pada sekitar tahun 1991 dan berjaya mempertahankan popularitinya sehingga kini.
#Maria Farida