Berita
“Untuk Kelangsungan Hidup…”- Amir Jahari Jual Gitar Kesayangan, Tak Sangka Dibeli Dengan Harga….
Demi kelangsungan hidup, penyanyi dan komposer, Amir Jahari terpaksa menjual gitar kesayangannya.
Menurut Amir, gitar itu telah banyak berjasa dalam kerjayanya selama ini sehingga menghasilkan beberapa buah lagu dalam albumnya sebelum ini.
“Sebuah gitar yang saya dah gunakan dan performed di banyak tempat, serta recording untuk beberapa lagu dalam album pertama dan kedua saya.
“Harga asal masa beli RM 3,000 lebih. Solid top, kayu jenis ni main lama makin sedap.
“Jual untuk kelangsungan hidup dengan harga RM2,200,” katanya.
Amir berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Amir memuat naik foto gitar yang hendak dijualnya.
Pun begitu, menerusi kemas kini terbaharu Amir memberitahu ia sudah berjaya dijual.
Apa yang mengejutkan Amir, pembeli itu membayar dengan harga lebih dari yang sepatutnya.
“Berita baik, dah ada orang beli dan bank in, siap bank in lebih dari harga sepatutnya.
“Terima kasih semua sebarkan berita saya nak jual gitar ni. Semoga kalian semua dipemudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki yang banyak,” katanya lagi.
Dalam entri tersebut, Amir memuat naik paparan skrin perbualannya degan pembeli tersebut.
Pembeli itu akui sengaja membayar lebih dengan bertujuan hendak bersedekah.
“Buat belanja anak-anak makan,” jawabnya.
Amir yang popular dengan lagu Tanpamu itu pada Julai mengumumkan dirinya untuk bersara dari menyanyi dan mencari pendapatan dari sumber lain untuk menanggung isteri dan tiga orang anaknya.
Must-Watch Video