Kepada mereka yang takut-takut nak memasak atau tak tahu cara nak memasak tu, jangan risau!

Mungkin anda boleh mula belajar teknik memasak dengan mencuba resipi ringkas terlebih dahulu.

Kali ini, Gempak kongsikan cara memasak resipi mudah iaitu telur goreng kicap!

Bahan-bahan:
5 biji telur
2 cili merah diracik halus
2 bawang bawang besar dipotong nipi
10 sudu kicap manis
Sedikit cuka
Minyak masak

Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali
Pecahkan telur, angkat dan toskan
Gunakan minyak sama untuk menggoreng bahan hirisan
Bila semuanya dah naik bau, letakkan sedikit cuka
Masukkan kicap
Siap, tuangkan ke atas telur yang telah dimasak!

Mudah je kan? Ha, kalau anda nak tonton cara-cara memasak dengan lebih jelas, saksikan episod Iftar Ala King musim kedua yang dihoskan oleh Naim Daniel di bawah: