Pelakon Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan yang merupakan seorang pereka dalaman membuka pintu kediaman mereka di Delhi untuk pemenang bertuah.

Memetik laporan Hindustan Times, Gauri bekerjasama dengan jenama pelancongan, untuk membenarkan peminat melihat-lihat ke dalam rumahnya di bandar Panchsheel Park.

Rumah ini penuh dengan estetika reka bentuk Gauri dan kenangan manis mereka sebagai sebuah keluarga. Terdapat gambar anak-anak mereka iaitu Aryan, Suhana, AbRam dan juga perhiasan serta barang berharga yang mereka kumpulkan selama ini.

Untuk memenangi penginapan bermalam di rumah, anda harus mengambil bahagian dalam peraduan menulis tentang apa maksud 'Open Arm Welcome' yang sempurna.



“Bandar Delhi, memegang tempat istimewa di hati kami dan akan selalu menjadi rumah bagi kami. Setiap lawatan mengembalikan kenangan indah tentang masa-masa awal berada di sini.

"Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Airbnb untuk menjadi tuan rumah kepada tetamu di kediaman Delhi kami, ” kata Gauri dan Shah Rukh mengenai kediaman dan idea baru mereka.

A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk)


Dalam video khas untuk Vogue, Gauri bahkan sudah mengadakan lawatan ke rumahnya lebih awal.

Ruang makan dihiasi dengan permaidani berbingkai antik yang besar. Terdapat lebih banyak bingkai emas, cermin besar dan gambar keluarga.



Gauri mengatakan bahawa semua keluarganya telah berkumpul untuk merancang ruang mengikut gaya dan pilihan mereka.

Gauri bahkan menunjukkan dinding galeri di bilik tidur utama yang dihiasi dengan raket bulu tangkis Aryan, berus solek Suhana, koleksi kupu-kupu, koleksi negatif Shah Rukh dari filem kegemarannya, Scarface dan barang berharga lain.


Sumber: Hindustan Times
Instagram: @iamsrk & @gaurikhan