Hiburan
"Untuk Pengetahuan Semua Saya..." - Rashidi Ishak Diganggu Kaum Sejenis?
Pelakon Rashidi Ishak berkongsi kisah apabila dia sering diganggu dengan mesej peribadi dari golongan yang meminati kaum sejenis.
Perkata itu diluahkan menerusi satu postin di Twitternya, hari ini.
"Apa jua keinginan seksual anda, itu adalah hak anda sendiri.
"Tapi untuk pengetahuan semua saya 'straight'," katanya.
Tambah Rashidi lagi, walaupun dia menghargai individu yang menghantar mesej secara peribadi kepadanya di Twitter, namun dia menolak secara baik.
"Saya hargai anda yang mesej saya tapi terima kasih je lah," katanya.
Sementara itu, beberapa netizen turut mengakui menerima mesej berbaur lucah seperti dialami Rashidi.
Malah, ada yang gembira Rashidi bukanlah individu yang meminati sesama jenis.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.