Laman Utama

“Untuk Semua Kasih Sayang…”- Mizz Nina Hargai Tanda Sokongan & Doa Untuknya, Noh & Musa

gempak
Syafiqah Jalal
06/08/2022
01:30 MYT
Sponsor Banner
“Untuk Semua Kasih Sayang…”- Mizz Nina Hargai Tanda Sokongan & Doa Untuknya, Noh & Musa
Selepas mengesahkan percerainya kelmarin, selebriti Mizz Nina tampil dengan ucapan terima kasih buat semua yang telah memberikan tanda sokongan kepadanya.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, menunjukkan rasa terharunya kepada semuanya yang mendoakan serta menyalurkan kasih sayang buat diri, bekas suaminya Noh Salleh dan anak angkatnya Musa.
“Untuk semua kasih sayang, doa dan sokongan buat Noh, Musa dan saya (disertakan emoji bentuk hati),” kata Mizz Nina.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu What You Waiting For itu berkongsi rasanya itu di dalam satu hantar di Instagram (IG) Story miliknya.
Dalam pada itu, Nina turut berkongsi sepotong doa untuk dirinya.
Dalam doa, dia yang juga aktivis kemanusiaan itu meminta agar dirinya menjadi lebih baik daripada sangkaan orang ramai serta diampuni atas segala yang tidak diketahui orang lain.
“Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangka tentangku. Ampunilah aku atas apa yang mereka tidak ketahui tentangku.
“Janganlah engkau memperhitungkan apa yang mereka katakan tentangku,” titipnya.
Kelmarin, kedua-duanya memuat naik hantaran yang sama di IG masing-masing bagi mengumumkan yang mereka sudah pun bercerai dengan cara baik.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan itu dikhabarkan menemui titik noktah selepas timbul dakwaan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, kelmarin.
Sebelum ini, Noh menyangkal dakwaan perkahwinannya bersama Mizz Nina berdepan masalah ketika ditemui media pada 13 Julai lalu.
Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.
Sekitar April lalu, Noh dan Mizz Nina memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live