Beberapa hari lalu timbul isu panas apabila terdapat beberapa orang artis yang turut meminta agar mereka tidak dipinggirkan dalam diberi bantuan oleh pihak kerajaan.

Namun perkongsian mereka mendapat kecaman hebat daripada netizen yang berasa tidak puas hati kerana ada segelintir artis dan selebriti sebelum ini sibuk menayangkan kekayaan dan kemewahan masing-masing di media sosial.

Tomok tidak terkecuali apabila dia turut memuat naik pandangannya di Instagram miliknya beberapa hari lalu.

pandangan terhadap isu 'Artis Perlu Bantuan Kerajaan' yang dikongsi Tomok tersebut mendapat lebih 7,700 komen.

Baca: “Harap Tak Terlepas Pandang Anak-Anak Seni” – Artis Perlu Bantuan Kerajaan, Ini Pandangan Tomok

Perkara tersebut menjadi berlarutan apabila beberapa artis lain juga bersuara dan ada pula yang berlainan pendapatnya.

Untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan, pada entri terbaru Tomok di Instagram, dia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Assalamualaikum semua. Untuk tidak menjadikan keadaan semakin buruk saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat malaysia.

"Maaf sekiranya statement saya di instagram tempoh hari ada menyakiti hati kalian. Saya juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. maafkan saya semua," tulis Tomok.

assalamualaikum semua..untuk tidak menjadikan keadaan semakin buruk saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat malaysia . maaf sekiranya statement saya di instagram tempoh hari ada menyakiti hati kalian..saya juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan..maafkan saya semua . marilah kita sama-sama doakan semoga negara kita dan dunia bebas daripada Covid-19 . tomok

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on


Tomok juga memohon agar semua sama-sama berdoa semoga negara dan dunia bebas daripada jangkitan Covid- 19.

Rata-rata peminat dan netizen meninggalkan komen positif buat Tomok tanda memaafkan apa yang diperkatakannya sebelum ini.