Untung Laaaa, Pemuda Ni Nak Beli Epal Tapi Dapat Apple!
Masalah penghantaran barang yang salah bukanlah isu baharu.
Sebelum ini kerap berlaku apabila pengguna ditipu hingga terpaksa menangung kerugian apabila barangan yang sampai bukan seperti yang dibeli.
Namun, lain pula kisah seorang lelaki berusia 50 tahun ini apabila barangan yang sampai bernilai ribuan ringgit daripada apa yang dibeli.
Difahamkan, Nick james pada awalnya memesan beberapa buah epal, namun dia kemudian menerima sebuah telefon pintar jenama Apple iaitu iPhone SE 2020.
“Kami sebenarnya memesan epal dan benar-benar mendapat iPhone dari Apple! Ini mengejutkan anak saya,” katanya menerusi satu posting di Twitter.
Posting berkenaan viral dan menjadi perbualan ramai kerana menerima sebuah telefon pintar mahal adalah satu perkara yang luar biasa.
Malah, ada juga khuatir jika ia adalah satu bentuk penipuan atau scam.
Namun, untuk makluman, barangan diterima James itu merupakan sebahagian daripada promosi oleh syarikat barangan runcit Tesco.
Kejutan ini memilih para pelanggan Tesco yang bertuah secara rawak.
Difahamkan juga hadiah diberi bukan sekadar iPhone, malah banyak lagi barangan gajet lain disediakan.
A big thanks this week to @Tesco & @tescomobile. On Wednesday evening we went to pick up our click and collect order and had a little surprise in there - an Apple iPhone SE. Apparently we ordered apples and randomly got an apple iphone! Made my sons week! ? #tesco #substitute pic.twitter.com/Mo8rZoAUwD— Nick James (@TreedomTW1) April 10, 2021