Hiburan

Untung RM32 Juta! Wawa, Aeril Berhabis RM500,000 Beri Imbuhan Untuk Stokis & Ejen, Bawa Tunai Umrah Sama-Sama

gempak
Amri Hassan
19/01/2024
04:43 MYT
Sponsor Banner
Untung RM32 Juta! Wawa, Aeril Berhabis RM500,000 Beri Imbuhan Untuk Stokis & Ejen, Bawa Tunai Umrah Sama-Sama
Pasangan usahawan selebriti terkenal Wawa Zainal dan Aeril Zafrel memperuntukkan hampir RM500,000 untuk memberikan imbuhan kepada stokis dan ejen Wawa Cosmetics.

BERITA TRENDING: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bayar Zakat Pernigaan Lebih RM1 Juta - "Ini Kewajipan Perlu Dilaksanakan"

Jelas Wawa, penghargaan yang diberikan termasuklah hadiah wang tunai dan rombongan mengerjakan umrah tahun ini.
"Pekerja, stokis dan ejen adalah nadi Wawa Cosmetics sejak ditubuhkan enam tahun lalu sehingga kini mampu berdiri gah.
"Selain menghargai mereka dengan mengadakan majlis pengiktiran dan beri ganjaran wang, saban tahun kami juga menganjurkan percutian ke luar negara termasuk ke Eropah.
"Kami peruntukan lebih RM100,000 wang tunai buat 10 stokis dan ejen terbaik, bahkan tahun ini buat pertama kali kami juga membawa rombongan Wawa Cosmetics ke Tanah Suci membabitkan lebih 30 jemaah," katanya kepada Gempak.
Selain stokis dan ejen, pemergian ke Tanah Suci itu turut disertai Aeril dan anak ketiga mereka, Ayya Soffya yang kini sudah berusia empat tahun.
Wawa ditemui pada majlis Wawa Gala Appreciation Awards 2023 di Putrajaya, pada Rabu.
Selepas berjaya mencatat jualan RM32 juta pada 2023, Wawa dan Aeril optimis untuk meletakkan sasaran jualan RM50 juta pada tahun 2024.
"Syukur sebab tahun lalu jualan kita berjaya capai sebanyak RM32 juta dan kami sasarkan jualan sekitar RM50 juta, insya-Allah.
"Nilai berkenaan adalah mengikut logik sebab sebelum ini, jualan kita capai RM18 juta, kemudian ia meningkat kepada RM32 juta tahun lalu. Jadi tahun ini kita anggarkan kenaikan yang serupa.
"Tidak dinafikan sesuatu bisnes yang dijalankan itu akan ada turun naiknya. Bagaimanapun saya percaya, kita perlu ada strategi dan target jualan juga. Misalnya kami di Wawa Cosmetics, kita sasarkan jumlah berkenaan berdasarkan kepada kapasiti.
"Maksudnya, sudah sedia ada berapa jumlah sasaran untuk setiap bulan hingga ke akhir tahun. Jadi sepanjang tahun sudah tentu kita akan lalukan pelbagai perancangan demi memastikan target tersebut boleh dicapai.
"Ya, bukan mudah sebenarnya sebab ia perlukan pengorbanan daripada segi masa dan juga tenaga. Apa pun, hasil kerjasama sepasukan tak mustahil apa yang diimpikan mampu direalisasikan, Insya-Allah," tambahnya.

PILIHAN PEMBACA: Ini Plan Wawa Zainal & Aeril Zafrel Kalau TikTok Shop Diharamkan Di Malaysia

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024