Untung Suami Kavita Sidhu Dapat Pakai Sampin Tinggalan Tan Sri P.Ramlee!

Amri Hassan
Julai 3, 2019 03:09 MYT
Pelakon dan penerbit Kavita Sidhu mendedahkan suaminya, Roberto Guya, antara individu bertuah dapat memakai sampin milik seniman agung Tan Sri P.Ramlee baru-baru ini.
Teruja melihat penampilan segak suaminya lengkap berbaju Melayu itu, Kavita memberitahu sampin itu pernah digayakan P.Ramlee dalam filem Madu Tiga.
"So excited to see Roberto pakai kain songket dari koleksi kawan saya.
"Rahsia istimewa kain songket ini kepunyaan seniman agung P.Ramlee dan digunakan dalam filem Madu Tiga!
"Siapa tengok filem tu? Butang baju abang mana Pah?! It was an absolute honour to see hubs wearing this piece of treasure," tulis Kavita.
Dalam acara rumah terbuka yang dihadiri pasangan itu, Roberto menggayakan sepersalinan baju Melayu biru gelap dan memakai sampin itu pada paras bawah lutut, mengikut adat lelaki yang sudah berkahwin.
Berseloroh dengan Roberto, ada antara netizen berpesan padanya agar tidak mengikut perangai Jamil dalam filem Madu Tiga.
"Abang Roberto jangan tiru perangai Abang Jamil dalam Madu Tiga tau," tulis salah seorang pengguna pada ruangan komen.
#Kavita Sidhu #Roberto Guya #Tan Sri P Ramlee