Penggunaan media sosial tidak semuanya negatif jika digunakan secara betul.

Sebagai contoh, seorang guru muzik yang sempat menjadi viral di media sosial selepas membawa lagu popular milik bintang antarabangsa, Alan Walker, Not You mendapat kejutan yang cukup bersejarah.

BERITA TRENDING: Pelajar Malaysia Kongsi Detik Cemas Insiden Pesawat SIA - “Mereka Jatuh Daripada Tempat Duduk Sehingga Ada Yang Terangkat Sampai…

Guru yang dikenali sebagai Tri Adinata itu telah dikunjungi oleh Alan Walker.

Ya! Alan Walker telah datang ke sekolah tempat guru tersebut mengajar iaitu SMA AL Azhar di Medan, Indonesia untuk memberi kejutan kepada Tri Adinata.

27 jam penerbangan

Walker diketahui telah menempuh penerbangan selama 27 jam dari Amerika Syarikat menuju Medan semata-mata bertemu guru tersebut.

Menerusi laporan media tempatan, Walker telah masuk ke dalam kelas guru tersebut dan disambut dengan meriah oleh Tri serta para pelajar menggunakan gitar.

"Saya rasa mereka ini sangat hebat. Berkesempatan datang ke sini dan bertemu para siswa serta melihat penampilan mereka, ini sangat mengujakan," ujar Walker seperti dilaporkan Detik.com.





Tidak cukup dengan kejutan tersebut, Walker juga menambah bonus buat mereka apabila mengundang guru dan pelajar muzik itu datang ke konsertnya yang dijadual berlangsung di Jakarta pada 8 Jun depan.

Sementara itu Tri mengaku terkejut dan berasa seperti mimpi kerana Walker sudi datang dari Amerika Syarikat ke Medan untuk bertemunya dan murid-murid.

“Saya cubit pipi takut kalau ini mimpi tapi ia kenyataan. Saya sangat gembira dengan penghargaan luar biasa yang diberikan Walker,” katanya.

BERITA TRENDING: Putri Ariani Tewas Dengan Duo Anjing Di AGT, Simon Cowell: “Pada Akhirnya Ini Pertandingan”

PILIHAN PEMBACA: Putri Ariani Mahu Simon Cowell Urus Karier, Impi Menang Grammy

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.