Hiburan
Untunglah Berwajah Pan Asia, Ini 4 Artis Cantik Tempatan Kacukan Scotland
Berdarah pan asia menjadi tiket untuk mengintai peluang dalam pelbagai bidang.
Bersandarkan rupa dan bakat, seseorang itu akan lebih menyerlah jika menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk menggapai cita-cita.
Gempak kumpulkan barisan artis yang memiliki darah kacukan Scotland.
Tapi, ada apa pula dengan Scotland ini?
1. Emma Maembong
Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, merupakan gadis berdarah kacukan Melayu dan Scotland.
Bapanya Ismail Embong berketurunan Melayu dan ibunya Yatimah Zainab merupakan warganegara Scotland.
Emma juga pernah berada pada kedudukan 71 di antara 100 Wajah Tercantik TC Candler.
Jadi tidak hairanlah, mengapa wajah Emma sering menjadi perhatian untuk drama dan juga iklan komersial.
2. Catriona Ross
Nama sebenar Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross itu berdarah kacukan Melayu (ibu) dan Scotland (bapa).
Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Catriona merupakan anak sulung daripada tiga beradik.
Catriona pernah muncul dalam drama komedi Mek Salmah Dari Scotland dan sangat fasih berkomunikasi dalam dialek Kelantan.
3. Sharifah Sofia
Sharifah Sofia Syed Hussein merupakan antara pelakon berdarah kacukan Scotland (ibu) dan Melayu (bapa) yang pernah mencuri tumpuan sekitar awal tahun 2000.
Sofia pernah tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-19 dan membintangi beberapa filem antaranya Gong, Orang Minyak, Pisau Cukur dan Berani Punya Budak.
4. Amelia Henderson
Amelia Thripura Henderson, gadis cantik yang berasal dari Ampang itu mula menceburi bidang peragaan sejak berusia 9 tahun.
Malah, Amelia pernah dianugerahkan Star Model Award 2019 dalam Asia Model Festival.
Ibu Amelia ialah seorang doktor gigi yang berketurunan India dan Sri Lanka bernama Jaya Rudralingam.
Manakala, bapanya seorang arkitek yang berketurunan Scotland bernama Graham Henderson.
Bukan hanya penduduknya yang memiliki rupa paras yang jelita dan kacak hingga menambat hati ramai, pemandangannya juga memukau pandangan mata.
Tidak hairanlah Scotland menjadi pilihan untuk penggambaran filem Ada Apa Dengan Dosa yang bakal ditayangkan pada 4 Jun ini.
Ada Apa Dengan Dosa mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Must-Watch Video