Penyanyi rap terkenal, Jow Flizzow menjadi perhatian netizen selepas bergambar bersama dua bintang Hollywood, Dua Lipa dan Lindsay Lohan.

Joe yang kini berada di Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 (2018 MTV EMA) yang berlangsung Bizkaia Arena, Barakaldo, Basque Country, Sepanyol itu memuat naik foto bersama Dua Lipa dan Lindsay di akaun Instagramnya hari ini.

Dua Lipa, Satu Flizzow. #MTVEMA @mtvema

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow) on

Menerusi ruangan komen, netizen menyatakan rasa kagum dan cemburu kerana Joe berpeluang melakarkan saat manis bersama bintang antarabangsa itu.

Deuces. ✌?

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow) on

Selain itu, netizen juga mengucapkan tahniah kepada Joe kerana mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi penyanyi sulung dari Malaysia yang merangkul trofi Artis Terbaik Asia Tenggara di 2018 MTV EMA.

Dalam kategori berkenaan, Joe menewaskan Afgan dari Indonesia, IV of Spades (Filipina), Min Hang (Vietnam), Slot Machine (Thailand), The Sam Willows (Singapura) dan Twopee Southside (Thailand).

Dalam perkembangan lain, lagu terbaru nyanyian Joe bersama Altimet, SonaOne dan Alif, Sang Saka Biru dijadikan lagu runut bunyi untuk filem Polis Evo 2.

Filem yang menampilkan bintang popular antaranya Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Erra Fazira dan Hasnul Rahmat akan menemui pawagam pada 22 November ini.

Foto: Instagram @flizzow