Untunglah! Kim Kardashian Hadiahkan Bekas Pembantu Tas Tangan, Harga Bersamaan Dua Biji Myvi!
Izwan Isa
23/09/2021 06:45 MYT
23/09/2021 06:45 MYT
Duit bukanlah masalah bagi individu bernama Kim Kardashian. Hal ini dibuktikan menerusi pemberian hadiah mewah untuk rakan dan bekas pembantunya, Stephanie Shepherd sewaktu sambutan hari jadi wanita itu yang ke-32 Ahad lalu.
Kim yang juga pengasas KKW Beauty dan Skims itu menghadiahkan Stephanie sebuah tas tangan mewah, Hermes Kelly.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Stephanie dilihat menjerit kegembiraan apabila mendapat tahu hadiah yang diberikan oleh bekas majikannya.
“Ini hal yang gila,” Stephanie menjerit sebaik sahaja dia membuka bungkusan hadiah yang dihulurkan oleh Kim.
“Janganlah menangis,” Kim bersuara lalu memeluk Stephanie.
BACA: Lamborghini Urus Mansory Milik Kim Kardashian, Harga Mencecah RM2.53 Juta
Menyaksikan Stephanie terus menangis, sambil berseloroh rakannya yang lain berkata: “Jangan jatuhkan air mata atas beg itu!”
Dalam pada itu, Stephanie turut mengaku yang dia sebenarnya teringin untuk membeli beg berkenaan, tetapi bukanlah beg yang asli.
“Oh Tuhan, saya merancang mahu beli yang tiruan!” katanya.
Menerusi hantaran Instagram Story seterusnya, Stephanie menulis: “Kesetiaan dan sifat murah hati kamu terhadap rakan-rakan dan keluarga tiada tolok bandingnya,” ujar Stephanie sambil meletakkan tag akaun Instagram Kim Kardashian.
Hasil tinjauan, harga beg Kelly 35 Noir Black Epsom yang dihadiahkan kepada Stephanie berharga sekitar AS$25,000 (RM104,657).
Stephanie mula bekerja dengan Kim sebagai pembantu eksekutif pada 2013. Kemudian, Stephanie dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) untuk syarikat Kardashian West Brands.
Namun, pada 2018, Stephanie dipecat kerana mendedahkan rahsia keluarga Kim kepada pihak media menerusi sebuah temu bual yang dilakukan bersama portal Refinery29.
Sungguhpun begitu, persahabatan antara Kim dan Stephanie tidak terjejas. Stephanie masih lagi dilihat menghabiskan masa dengan Kim dan kakaknya, Kourtney Kardashian.
Terbaharu, Stephanie turut dijemput untuk memperagakan jenama pakaian dalam Kim, Skims pada Ogos lalu.