Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Untungnya! Hargai Wawa, Aeril Hadiahkan Mercedes Benz RM250,000

Amri Hassan 04/06/2018 | 02:37 MYT
Pelakon Aeril Zafrel membuat kejutan istimewa buat isterinya, Wawa Zainal, apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedes Benz C200 berwarna hitam semalam.
Hero drama Cinta Fatamorgana ini berkongsi kejutan tersebut menerusi sekeping foto Wawa bersama anak-anak di sisi kereta tersebut yang telah dimuat naik di laman Instagramnya.
“Hadiah sebab selama ni jaga saya dan tak pernah mengeluh jaga anak-anak saya.
“Jangan pernah meremehkan ungkapan terima kasih kepad a dan dari seseorang. Kerana terima kasih dapat menunjukkan besarnya rasa syukur kita kepada ALLAH,” tulis Aeril sebagai kapsyen foto tersebut.

Hadiah sebab selama ni jaga saya and tak pernah mengeluh jaga anak2 saya...???. . Jangan pernah meremehkan ungkapan terima kasih kepada dan dari seseorang. Kerana terima kasih dapat menunjukkan besarnya rasa syukur kita kepada ALLAH...

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Difahamkan hadiah ini juga adalah bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Wawa ke-27 yang diraikan pada 12 Mac lalu.
“Ini bukanlah sekadar hadiah, malah tanda penghargaan buat Wawa kerana telah menjalankan peranan sebaik mungkin sebagai isteri dalam menguruskan rumah tangga kami yang dibina sejak 2012.
“Bukan itu sahaja, Wawa juga banyak berkorban demi menunaikan tanggungjawabnya selaku ibu kepada dua orang cahaya mata kami berserta curahan kasih sayang secukupnya,” kata Aeril memetik laporan Utusan Online.
Menurut Aeril, kereta tersebut merupakan pilihan Wawa sendiri ketika mereka mengunjungi sebuah pusat pameran kereta jenama tersebut pada awal tahun ini.
Disebabkan itu keterujaan Wawa menjadi berganda apabila mendapat kejutan berupa hadiah kereta idamannya.
Rata-rata pengikut Aeril di Instagram turut meluahkan kegembiraan mereka melihat kebahagian pasangan ini. Malah mereka turut mendoakan agar rumah tangga Aeril dan Wawa berkekalan selamanya.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 5 serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Sinar Harian, Utusan Online
#Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Mercedez Benz
;