THE HOUSE 5

Untungnya! Sarah Suhairi, Sissy Imann & Wani Kayrie Meluangkan Masa Bersama Di Sebuah Villa Mewah

Zulaikha Yusof 19/03/2019 | 12:10 MYT
Bintang muda jelita, Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie berpeluang untuk tinggal di sebuah villa mewah.
Menerusi sebuah program realiti digital bersiri, The House Musim Kelima yang mula bersiaran hari ini, penonton boleh menilai sendiri keakraban hubungan mereka bertiga.
Sarah, Sissy dan Wani menyifatkan villa mewah itu sebagai satu destinasi yang sempurna untuk menenangkan minda dan fikiran mereka.
Selain itu, untuk episod pertama ini anda akan melihat tiga sekawan ini memulakan pagi mereka dengan cabaran Dapur The House.
Masing-masing tidak mahu kalah dan menunjukkan bakat mereka untuk menyediakan hidangan.
Dengarnya mereka juga mendapat kunjungan secara mengejut daripada penyanyi, Arif Bahran yang merupakan juri jemputan bagi cabaran itu.
Mereka kemudian bersama-sama melakukan 'jamming' bagi mengubati kerinduan berada di program Big Stage.
Jadi, apakah lagu pilihan mereka? Suara siapakah yang paling merdu?
Karakter sebenar Sarah, Sissy dan Wani dapat disaksikan dalam musim terbaru program realiti tersebut dan jangan lupa untuk menyaksikan keletah lucu yang akan mencuit hati.
Kenali Sarah, Sissy dan Wani dengan lebih mendalam dan ikuti perjalanan persahabatan mereka dalam program realiti ini.
The House Musim Kelima turut diharumkan dengan kehadiran NIVEA sebagai penaja utama.
Jangan lupa saksikan program The House Musim Kelima yang akan ditayangkan secara eksklusif menerusi portal digital Gempak iaitu www.thehouse.com.my pada setiap hari Selasa mulai 19 Mac 2019.
The House turut disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam bermula 27 Mac 2019.
#NIVEA #The House Musim Kelima