Hiburan
"Untungnya Saya Ada Diana Danielle" - Farid Kamil Nafi Rumah Tangga Berantakan!
Pelakon Datuk Farid Kamil menafikan desas-desus yang mendakwa hubungannya dengan isteri, Diana Danielle sudah berantakan.
Kata Farid, Diana merupakan tulang belakangnya yang sentiasa ada walau dia ditimpa musibah berkali-kali.
"Sebenarnya tiada apa yang berlaku, ia tidak seperti yang digembar-gemburkan.
"Diana sangat menyokong saya dari awal kenal, berkahwin sampai saya ditimpa malapetaka. Dia masih bersama dengan saya.
"Sesungguhnya dia dan anak-anak menjadi kekuatan saya untuk menghadapi masa-masa mendatang.
"Sukar untuk saya terjemahkan betapa beruntungnya saya memiliki Diana," katanya kepada Gempak.
Farid yang ditemui pada majlis pelancaran Sifu International Enduro Championship 2020 dan treler Remp-it 2 di Route 77 Harley Davidson Kuala Lumpur baru-baru ini melihat situasi yang dilaluinya daripada sudut positif.
"Saya mengaku hukuman dilalui menerbitkan perasaan sedih, terkilan dan rasa ‘terbang’ jauh.
"Namun, saya mengaku ini adalah cara Tuhan menunjukkan sesuatu kepada saya.
"Saya kena lalui detik mencemaskan sebelum Tuhan memberikan sesuatu yang lebih baik. Saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi," tambahnya.
Pada 15 Mei tahun lalu, Farid dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC).
Selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang selama 35 hari, Farid dibenar menangguhkannya sehingga rayuan selesai.
Farid bagaimanapun perlu membayar jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala pasport diserahkan ke mahkamah sehingga kes selesai.
Must-Watch Video