Video penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan tunjuk ajar kepada anak buahnya, Ummi Umairah yang kini menyertai program nyanyian Ceria Megastar Ministar mendapat perhatian netizen.

Rakaman video Siti Nurhaliza dan Umairah itu dimuat naik oleh ibunya, Siti Sairah di akaun Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, Siti dilihat telah memberikan tips serta cara teknik nyanyian dan persembahan kepada Umairah yang dikenali sebagai Umai.

“Terima Kasih @ctdk memberikan tunjuk ajar, nasihat serta tips cara untuk menyampaikan serta teknik dalam setiap persembahan.

“Nantikan persembahan @umairah_sairahtarudin Jumaat ini jam 09:00 malam di saluran 611 Astro Ceria dan Astro Prima 105,” tulisnya.

Rata-rata menyifatkan Umai sebagai seorang yang beruntung kerana mempunyai ibu saudara yang hebat dalam bidang tersebut.

Malah ramai juga mendoakan agar Umai dapat melakukan terbaik dalam pertandingan tersebut.

“Untungnya Umai, Mak Itu yang ajar menyanyi,” kata salah seorang pengikutnya.

“Good luck Umai, buat yang terbaik okay,” komen salah seorang netizen yang memberikan semangat

Ceria Megastar Ministar merupakan rancangan realiti pertandingan nyanyian kanak-kanak yang bersiaran mulai 14 Jun lalu di saluran Astro Ceria 611, Prima 105, Prima HD 121 dan Astro Go pada setiap Jumaat jam 9 malam.

Rancangan itu di dihoskan oleh Nabil bersama dua juri tetap iaitu Datuk Aznil Nawawi dan Zizan Razak.

Terima Kasih @ctdk Memberikan tunjuk ajar, nasihat serta tips cara untuk menyampaikan serta teknik dalam setiap persembahan. . Nantikan persembahan @umairah_sairahtarudin Jumaat ini jam 09:00 malam di saluran 611 astro ceria dan astro prima 105 #ceriamegastarministar @astroceria #umailovers2019 @umailovers_official Tugasan minggu ini umai akan nyanyikan lagu #percayalah @indahruhaila

A post shared by Siti Nursairah Tarudin (@sitisairahtarudin) on