Hiburan
Upin & Ipin Luaskan Pasaran Ke China
Selepas Malaysia dan Indonesia, filem animasi kembar nombor satu Malaysia, Upin Ipin
akan meluaskan pasarannya ke negara China pula.
Usaha membawa Upin Ipin ke negara yang menawarkan pasaran perniagaan yang luas itu
dicapai antara penerbit animasi berkenaan Les' Copaque Production Sdn Bhd dengan
Beijing Animation and Gaming Industry Association (Bagia).
Menurut Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi, kejayaan usaha sama ini
akan membuka satu lembaran baru kepada industri kreatif di Malaysia, dan menjadi ikutan
memandangkan China merupakan satu pasaran besar yang sukar ditembusi penggiat industri
global selama ini.
“Pada Ahad malam, kita telah mendapat kebenaran rasmi dari kerajaan China untuk
menandatangani MOU bersama dan ini adalah kolaborasi bersama persatuan ini yang
dinaungi lebih 250 buah syarikat filem animasi China di bawahnya.
“Kita akan tengok apa yang boleh dibuat bersama seperti filem animasi baru,
pemasarannya dan tayangannya serta kita juga akan lihat bagaimana untuk mengadakan expo
animasi untuk pasaran Asia Tenggara,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan
wakil dari di Shah Alam pada Isnin.
Majlis berkenaan turut disaksikan Pengarah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan
Filem Nasional (Finas) yang baru dilantik Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Selain China, naskhah terbaharu Upin Ipin iaitu Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal juga
akan ditayangkan di Indonesia dalam tempoh masa yang sama.
Sumber: Astro Awani